Dah malas nak menulis! Tersekat di skala 6! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Dah malas nak menulis! Tersekat di skala 6!


Dah malas nak menulis! Tersekat di skala 6! | Serius aku nak beritahu yang aku macam dah malas nak menulis. Walaupun hati aku ni rasa membuak-buak riang bila tengok pageviews blog ceritaejoy yang bakal mencecah 1M tak lama lagi. Blogger lain senang-senang je dapat 1juta PV tu, yang aku ni, mula menulis tahun 2014 hingga sekarang, barulah nak merasa. Hahaha. Apa pun, ianya tetap juga disebut sebagai kejayaan kan?

Berbalik semula pada cerita malas nak menulis ni. Bila satu-satu aku kena tahun ni, sungguh aku jadi malas. Semua benda buat aku jadi malas. Ada idea, tapi aku malas nak menulis. Nak blogwalking pun aku malas. Melainkan tajuk dia lain macam, barulah aku baca. Bukanlah kata aku down, tapi aku malas.

Bila facebook kena locked buat sementara waktu ni, aku rasa macam takda idea pulak. Usaha buat duit dengan lynk tersekat di skala 6 buat sementara waktu. Aku jelas, ada sesuatu yang tidak kena dengan usaha terbaru aku buat duit dengan facebook tu. Tapi aku sangat yakin, pasti ada sesuatu yang Allah nak beri kat aku ni, itu yang tak henti-henti dia uji minda aku ni.

Aku simpan apa yang banyak orang cakap kan. Orang lain lagi susah, lagi teruk dia punya ujian. Aku kecik-kecik anak kut. Kan? Jadinya masalah kecik macam ni, rilek sudah! Hahaha. Tapi masalah aku sekarang adalah, aku dah malas nak update. Macam mana tu? Korang ada idea tak?

loading...

2 ulasan:

  1. jangan malas. hang kan expert. mesti banyak cara lagi nak buat duit hehe

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan segalanya untuk ejoy..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com