Apa pandangan korang mengenai Valet Doa? Perniagaan berdoa di Mekah. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Apa pandangan korang mengenai Valet Doa? Perniagaan berdoa di Mekah.

Valet Doa Perniagaan berdoa di Mekah.

Apa pandangan korang mengenai Valet Doa? Perniagaan berdoa di Mekah. | Yang sebenarnya, aku tak tahu cerita pun pasal Isu valet Doa ni walaupun ianya dikatakan isu yang panas sekarang ni. Yeker? Tapi lepas baca cerita mengenai bayaran yang dikenakan untuk doa kita tu, rasa tertarik pula nak ambil tahu. Adeh! Ada beberapa perkara pelik yang muncul dalam minda aku sekarang ni, dan mungkin juga akan menjadi pelik pada korang juga. Jom kita tengok secara terperinci mengenai isu Valet doa ni.


*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini

Ok. Valet doa Diasaskan oleh saudara Hasrin Harin dengan niat untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci untuk berdoa. Doa itu dalam erti maksudnya adalah, apa-apa niat samada kehidupan, perniagaan atau apa sahaja. Perkhidmatan ini menawarkan kita untuk mengirimkan doa pada mereka dan akan dibacakan disana. Ok, faham ye?

Yang menjadi isunya adalah, setiap doa itu dikenakan bayaran. Maksudnya, kita nak kirim doa pada mereka, kita perlulah bayar. Harga yang dikenakan bermula daripada RM500 sehingga RM2500. Harga-harga ini adalah mengikut lokasi doa itu dibacakan. Setiap tempat di tanah suci itu lain harganya ya. Valet doa juga menawarkan pakej-pakej tertentu.

Valet Doa Perniagaan berdoa di Mekah.

Kiranya macam ni lah. Katakan ada saudara-saudara kita yang ingin menunaikan umrah atau haji. Mesti ada dari kalangan kita yang minta mereka doakan untuk kita kan. Konsep yang sama di tawarkan Valet doa ni. Nak kirim doa boleh, Cuma dikenakan bayaran. Bayaran pula mengikut lokasi tempat. Kalau kita nak mereka bacakan doa kita tu dilokasi-lokasi tertentu, mereka akan bacakan, tapi berbeza bayaran. Fahamkan dekat situ?

Baiklah. Sedikit yang menjadi persoalan dalam fikiran aku adalah, mereka ada jaminan yang doa kita itu pasti dimakbulkan oleh Allah. Itu yang menjadi persoalan pada aku. Mereka jamin! Katakan korang ambil pakej yang paling mahal *kalau mahal, mesti ada sebabnya kan?* dan katakan juga, doa korang adalah “aku ingin menjadi seorang jutawan yang kekal kaya raya”. Doa itu pasti makbul jika mereka bacakan disana. Ha! Itu yang aku baca dan terus jadi pelik!

Daripada apa yang aku baca, jika doa itu tidak makbul, akan ada usaha lain untuk doa itu dimakbulkan dan jika tidak wang anda akan dikembalikan. Wow! Tawaran yang mungkin hebat pada ramai orang. Tapi sangat pelik pada aku. Bagaimana boleh timbul keyakinan yang sangat tinggi bahawa doa itu pasti dimakbulkan?

Isu mengenai Valet doa ini sudahpun mendapat perhatian mufti wilayah persekutuan dan menurut info, mufti sudahpun meminta untuk perniagaan ini dihentikan. Namun daripada pembacaan terkini, pemiliknya tetap ingin meneruskan perkhidmatan ini kerana berpendapat yang ianya tidak melanggar syariat agama islam.

Aku tak boleh bercerita panjang mengenai perkara ini kerana aku tidak langsung tergolong dalam kelompok cendekiawan islam yang hebat di dalam agama islam. Namun pendapat aku, eh! Tak beranilah nak cakap kat sini. Cuma nak tanya juga, Apa pandangan korang mengenai Valet Doa? Perniagaan berdoa di Mekah.
loading...

4 ulasan:

  1. Bayarannya boleh tahan juga, simpan sikit lagi dah boleh pergi umrah...hehe

    BalasPadam
  2. Ni lah contoh penunggang agama. haihh macam2 la sekarang ni.

    BalasPadam
  3. Semoga dimurahkan rezeki saya sekeluarga untuk menunaikan Umrah dan Haji nanti.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com