Usop berjaya menjadi protege kepada hazama! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Usop berjaya menjadi protege kepada hazama!

protege hazama mentor milenia 2017

Usop berjaya menjadi protege kepada hazama! | Siapa tengok mentor milenia 2017 semalam? Mesti semua teruja mengenai siapa yang akan menjadi protégé kepada hazama kan? Dan seperti ramalan aku dan wife, mungkin juga ramalan semua orang, Usop akan berjaya menjadi protégé kepada hazama dalam mentor milenia 2017! Dia ni ada aura dia yang tersendiri. Ramai sebenarnya yang tertunggu-tunggu usop ni menyampaikan lagu.

Seperti yang dijangka, bila usop *protege kepada hazama* menyanyi, semua terpukau! Betul tak? Tengok jelah mentor yang lain, semua macam tak percaya, dan tak kurang juga ada yang menyesal. Hahaha. Bila habis je persembahan usop, pengacara terus bertanyakan soalan kepada mentor yang lain, dan memang kita boleh nampak yang wujud kekesalan dalam hati mentor yang lain. Kenapa?

Sebabnya usop pergi audition dengan semua mentor kecuali tomok! Hahaha. Semua dia datang ha! Pergi dekat black, black tolak. Kemudian pergi dekat akim, tak terpilih di situ. Kemudian datang kepada hazama, alhamdulilah, rezeki dia! Kenapa dia tak datang pada audition tomok? Sebab dia ada majlis perkahwinan saudara dia. Kalau tak, dengan tomok punya audition pun dia datang. Hahaha.

Kalau tengok program mentor milenia 2017 semalam, hazama dengan yakinnya memilih usop sebagai protege beliau. Jadi, hazama dah nampak ada sesuatu pada mamat masuk air ni. hahaha. Dan aku memang teruja pun tengok dia sebab dalam kepala aku, kalau tidak dia berjaya dengan dunia nyanyian, pasti dia boleh berjaya dalam dunia lakonan. Sebab dia ada bakat semulajadi dalam melawak. Hahaha.

Apa pun, masih terlalu awal untuk kita bercerita mengenai usop ni, masih jauh lagi perjalanan mentor milenia 2017 ni. Kena tunggu juga siapa yang akan menjadi protege kepada tomok dan juga protege kepada black nanti. Apa pun, kepada usop, aku memang sokong kau. Jadi pastikan buat yang terbaik ok! Hahahaha. Steady usop bak hang!

Artikel berkait:

1) Program Mentor Milenia 2017
2) Mentor Milenia 2017 TV3 (Senarai Peserta)
3) Mentor Milenia 2017 | Tonton Extra
4) Live streaming keputusan konsert Mentor Milenia 2017
5) Keputusan Mentor Milenia 2017 (TV3)
loading...

3 ulasan:

  1. Ucop ni dia lawak laaaa. haha masa dia audition tu terhibur betul tengok dia.

    BalasPadam
  2. Ju follow mentor masa audition mula2 tu je, skrg xda follow btw usop ni mmg lawak tp suara dia ok. Kira pakej la, pndai nynyi siap ada sense of humor lagi =)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com