Tinggalkan walau 1 komen pada blog top blogger dan ini kesannya! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Tinggalkan walau 1 komen pada blog top blogger dan ini kesannya!

Tinggalkan walau 1 komen pada blog top blogger dan ini kesannya!

Tinggalkan walau 1 komen pada blog top blogger dan ini kesannya! | Mulanya aku memang tak nampak benda ni. Kemudian lahir 1 post, kenapa perlu kerap blogwalking. Jika korang baca, korang akan faham. Dan apa yang tidak diceritakan tapi semua orang tahu akan perkara ini adalah, pentingnya untuk kita kerap blogwalking ke blog top blogger dan meninggalkan jejak kita disitu. Kenapa? Ini sebabnya kenapa.

Terus terang, aku sebelum ni tak buat pun. Cuma dalam beberapa hari/minggu ni je aku maintain buat. Sebabnya dah mula nampak sesuatu yang menarik dekat situ. Apa yang menariknya? Apa yang hebatnya blogwalking blog top blogger ni dan tinggalkan komen? Kalau blogwalking sahaja tak boleh?

Yang sebenarnya boleh je. Cuma, jumlah trafik yang diterima mereka terlalu tinggi. Berkali ganda mungkin daripada trafik yang kita terima. Mereka sendiri tak tahu siapa yang datang ke blog mereka. Dan oleh sebab itu, kita kena tinggalkan jejak, supaya mereka sedar dengan kehadiran kita.

Penting ke mereka tahu kita datang ke blog mereka?

Ahha! sekarang aku nak tanya korang, penting tak hubungan sesama manusia? Jawapannya dah tentulah penting kan? Samalah halnya dengan hubungan sesama dengan blogger ni. Tapi kenapa mesti top blogger? Orang lain tak boleh ke? Ahha! Ini ada kaitan dengan sambil menyelam minum air. Hahaha.

Bila tinggalkan jejak dalam blog mereka, mereka akan kenal kita. Bila hubungan sesama kita menjadi lebih rapat, adalah lebih mudah untuk kita memperolehi ilmu-ilmu daripada mereka. Bukanlah aku kata mereka ini kedekut ilmu, tidak. Tetapi cuba korang tengok, bila kita bercerita diantara rakan biasa dan rakan karib, siapa yang lebih banyak mengetahui? Ahah!

Kemudian, tinggalkan jejak. Bukan sahaja tulis, wah! Bagus perkongsian ini tuan! Sebaliknya cuba tinggalkan entri terbaru kita dekat situ. Hampir kebanyakan blog top blogger, bahagian komen mereka akan disertakan dengan entri terbaru daripada kita. Dan dalam sedar dan tak sedar, akan ada trafik “percuma” daripada sana. Hehehe.

Kemudian, ini aku tak galakkan lah. Biar kita berkawan kerana ikhlas ya. Tapi ini juga mungkin cara rezeki di sampaikan kepada anda. Fikir secara positif ya. Top blogger ni job mereka banyak. Sampaikan ada yang tak terkejar. Jika mereka kenal kita dan job tu sesuai dengan niche blog kita, tidak mustahil mereka akan memberikan job itu pada kita. Tapi seperti yang aku beritahu tadi, janganlah berkawan dengan mereka hanya dengan sebab ini ya.

Yang sebenarnya banyak lagi kelebihan yang bakal kita peroleh jika kerap blogwalking dan tinggalkan jejak pada blog top blogger ni. Tak perlulah komen setiap post mereka. Cuba ambil 1 hari, ada 5 blog top blogger, dan komen pada post terkini mereka. Dapat 1 komen pun takpa. Janji ada jejak. Buat mereka sedar akan kehadiran kita yang kecil ini dalam dunia blog ni. hehehe. Ok?
loading...

10 ulasan:

  1. Moga membantu dan sangat bermanfaat.

    BalasPadam
  2. Saya dah lama buat dah, hasilnya memang memuaskan. Banyak yang komen balik kat blog kita.

    BalasPadam
  3. Ya info menarik..sgt setuju klu tnggal jejak lebeh2 lagi blog top autoriti di google...

    BalasPadam
  4. Betul tu.. ceritajoey ni pun top blogger, jad terpaksalah saya berblogwalking di sini.. :D

    BalasPadam
  5. Perkongsian baik
    Terima kasih abg

    BalasPadam
  6. betul juga tu. mana tahu kot-kot ada yang tertekan kita punya link blog kan? rezeki tu namanya hehe.

    https://anothersyed.blogspot.my/2017/02/atasi-ketakutan-ketika-berucap-di.html

    BalasPadam
  7. nice info...
    mcm nieyl selalu komen dekat sini la..hihihi.. :P

    BalasPadam
  8. keren kak kalo kita blogwalking web jualan saya juga www.jaketmurahbandung.com kebanyakan dari blogwalking, maknyussss...

    BalasPadam
  9. Seronok dapat kawan baru lepas blogwalking. Lepas ni, nak konsisten tinggalkan jejak dan link!

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com