The Sticks Eco-Resort Khas buat mereka yang ingin lari dari kesibukan kota! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

The Sticks Eco-Resort Khas buat mereka yang ingin lari dari kesibukan kota!

The Sticks Eco-Resort Khas buat mereka yang ingin lari dari kesibukan kota!

The Sticks Eco-Resort Khas buat mereka yang ingin lari dari kesibukan kota! | Lewat ni, aku memang gemar dengan lokasi percutian yang jauh daripada kesibukan kota. Mungkin juga kerana aku sudah lama tidak bercuti yang membuatkan hati ini mudah jatuh cinta dengan lokasi percutian berkongsepkan alam rimba! Baru ini, aku berkenalan dengan 1 lagi lokasi percutian yang sangat menarik! Ayuh kita berkenalan dengan The Sticks, Kuala Kubu Bahru!

Terletak jauh di dalam hutan di Kuala Kubu Bahru, di daerah hulu Selangor. Lokasi ini amat sesuai untuk mereka yang bosan dengan konsep percutian hotel dalam bandar ataupun percutian tepi pantai. Disebabkan ianya terletak agak jauh ke dalam hutan, lokasi ini agak “tersorok” daripada laluan utama. Namun, ada “sesuatu” yang akan menyambut kedatangan kita di sana!

Ianya adalah laluan jambatan gantung! Ahha! Untuk sampai ke The Sticks, Kuala Kubu Bahru ini kita perlu melalui 1 titian gantung! Amacam? Menarikkan? Sudah tentu ianya adalah 1 pengalaman paling bermakna buat kita!

Ok! Apa yang menariknya di sini? Seperti biasa, kalau setakat bercuti sahaja di dalam hutan tanpa ada aktiviti menarik sudah tentu ianya tetap suatu perkara yang bosan kan? Tapi nanti dulu, diantara aktiviti yang kita boleh buat dekat The Sticks, Kuala Kubu Bahru ini adalah:

JUNGLE TREKKING.

Ada 2 pecahan jika kita nak join jungle trekking ni. Yang pertama adalah beginner jungle trek iaitu khas buat mereka yang ingin rasa “santai” dengan jarak masa lebih kurang 45 minit. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun keatas dengan bayaran sebanyak RM10 sahaja! Diantara laluan yang menarik adalah “river crossing”! ahha!

Kemudiannya, adalah serious jungle trek! Dengan jarak perjalanan lebih kurang setengah hari ianya memerlukan stamina yang lebih daripada anda! Ini adalah kerana, untuk menyertai aktiviti ini dengan bayaran sebanyak RM50, ianya memerlukan kita siap dengan trekking shoes dan backpack!

Water Rafting & Paragliding.

Selain itu anda juga boleh sertai aktiviti water rafting. Dengan jarak masa lebih kurang 3-4jam, anda bakal melalui pengalaman yang mendebarkan! Dengan bayaran sebanyak RM250 serta lengkap dengan makan tengahari dan pengangkutan! Atau kalau tidak berminat bermain dengan air, apa kata bermain dengan angin? Ada aktiviti Paragliding dengan bayaran RM280 yang ditawarkan di sini!

The Sticks Eco-Resort Khas buat mereka yang ingin lari dari kesibukan kota!

The Sticks Eco-Resort Khas buat mereka yang ingin lari dari kesibukan kota!

Dengan kadar bayaran *RM120* semalam, The Sticks, Kuala Kubu Bahru sememangnya lokasi percutian rimba terbaik untuk korang! Jadi apa tunggu lagi, jom ajak kawan ramai-ramai bercuti kat sini dan rasai pengalaman berbeza daripada percutian lain. Kalau berminat atau ingin merancang percutian kat sini, korang boleh hubungi pihak resort dengan:

Email : bookings@thesticks.my

Lot 213 Jalan KKB - Fraser's Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor, Malaysia

Website : http://thesticks.my/v2/


Tags : Lokasi Percutian Dalam Malaysia, Lokasi Percutian Menarik Di Malaysia, The Stick Kuala Kubu Baru, Percutian Dalam Malaysia Yang Best, Tempat Bercuti Di Malaysia, Lokasi Percutian Di Selangor, Tempat Percutian Di Hulu Selangor, Percutian Dalam Hutan Malaysia, Percutian Di Dalam Hutan, Tempat Percutian Dalam Hutan
loading...

7 ulasan:

  1. Menarik ni...
    area selangor je pun kan...
    jimat masa dalam perjalanan yang panjang... :)

    BalasPadam
  2. Aktiviti luar dia memang jenis yang aku suka. Ada masa nanti nak try datang sini jugak. Nak test yang jungle trekking santai-santai tu dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. boleh cuba yang santai-santai dulu..:)

      Padam
  3. Menarik dan harga pun murah, boleh pergi ni kalau ada masa terluang hihi. btw sy bw dan follow blog ni ya. jemputlah melawat blog baru saya.

    BalasPadam
  4. Wow! tempat menarik dengan harga jimat..i like :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com