Terima kad Enrich blue! Seronoknya! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Terima kad Enrich blue! Seronoknya!

kad enrich mas

Terima kad Enrich blue! Seronoknya! | Yang sebenarnya, dah lama juga aku register Enrich by MAS malaysia ni. Punyalah lama sampaikan aku sendiri lupa pasal benda ni, ha! Semalam, bila aku balik kerja, anak sulung aku tengah main kertas. Macam-macam benda dia buat dengan kertas tu. Buat jet la,buat pistol lah, macam-macam. Kemudian aku tanya dia, main kertas apa ni. Dia tak jawab, tapi wife aku yang jawab. Katanya tu sampul surat dari MAS. Ha? Dari MAS?

*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini

Nak tengok sampul memang dah tak nampak rupalah kan. Jadinya dapat tengok surat dia je lah. Ahha! Kad enrich blue! Yang sebenarnya *buat mereka yang dah tahu lah kan* kad enrich blue ni khas untuk orang macam aku. hahaha. Kiranya kad pemulaan la. Ada banyak jenis kad enrich ni dan berbeza kelebihan dia, itu aku akan beritahu sekejap je lagi ya.

Yang sebenarnya, yelah, Orang cakap naik kapal terbang MAS ni mahal. Yeker? Tapi kenapa aku masih memohon kad enrich ni? Jawapannya adalah, syarikat tempat aku bekerja sekarang memang akan gunakan perkhidmatan penerbangan daripada MAS. Kalau ada business trip, memang kami akan ramai-ramai nak MAS. Tak kisahlah ke jepun ke, Indonesia ke, Thailand ke, Europe ke, mana-mana lah, memang akan guna MAS.

Jadi ada kelebihan pada aku sebenarnya dekat situ. Yang dah nampak, nampaklah yer. Jika belum nampak, cuba untuk perhalusi lagi. Hehehe. Orait. Jom kita tengok apakah jenis-jenis kad yang ada dan kelebihan bagi setiap kad. Dan seperti yang aku ada beritahu tadi, kad aku adalah kad enrich blue. Ok.

kad enrich mas

Enrich blue.

Kad enrich blue ini merupakan “entry level of membership” ataupun kad permulaan . Nak dapat kad ni senang je, Cuma register dekat laman web MAS. Bila kita menggunakan perkidmatan penerbangan oleh MAS ke pelbagai lokasi, kita boleh dapatkan mata ganjaran mengikut jarak penerbangan kita tu. Apa kelebihan kad ini? Ok, kelebihannya adalah:

  • Earn Enrich Miles
  • Redeem Enrich Miles for flights with Malaysia Airlines
  • Redeem a Companion Travel Award Flight
  • Redeem Enrich Miles for Excess baggage
  • Miles Top-up, Transfer or Extension
kad enrich mas


Enrich silver.

Ok. Untuk dapatkan kad enrich silver ni, kena ada mata terkumpul 25,000. Apa kelebihan Enrich silver ini? Ini kelebihannya:

  • Priority Reservation Waitlist
  • Telephone Check-in
  • Priority Check-in                            
  • Priority Airport Standby                         
  • Extra Baggage Allowance                        
  • Priority Boarding                                  
  • Elite Tier Bonus     

 kad enrich mas

Enrich gold.

Ahha! Untuk melayakkan kita dapat kad ini, point yang perlu ada adalah sebanyak 50,000. Kelebihannya? Sudah pasti lebih istimewa daripada kad enrich sebelum ini. Kelebihan pemegang kad ini adalah:

  • Priority Reservation Waitlist
  • Telephone Check-in
  • Priority Check-in                            
  • Priority Airport Standby                         
  • Extra Baggage Allowance                        
  • Priority Baggage Handling
  • Priority Boarding
  • Malaysia Airlines Golden Lounge Access
  • Network of Malaysia Airlines Shared Lounges
  • Enrich Gold Assistance Programme
  • Elite Tier Bonus

kad enrich mas

Enrich platinum.

Dan yang menduduki tangga teratas adalah : Enrich platinum! Hehehe. Bila sebut platinum ni, kelebihan dia memang tahap vvvvip la kan. Nampak tak berapa punya banyak V dekat situ? Untuk melayakkan kita mendapatkan kad ini, perlulah ada point sebanyak 100,000. Ok, apa kelebihan kad ni? Kelebihan dia adalah:

  • Enrich Platinum Membership for Your Spouse
  • Meet & Greet Service
  • Malaysia Airlines Platinum Lounge Access at KLIA
  • Enrich Platinum Assistance Programme 
  • Enrich Miles with No Expiry Date 
  • Priority Reservation Waitlist 
  • Guaranteed Seat
  • Priority Check-in                            
  • Priority Airport Standby                         
  • Extra Baggage Allowance                        
  • Priority Baggage Handling
  • Priority Boarding   
  • Malaysia Airlines Golden Lounge Access
  • Network of Malaysia Airlines Shared Lounges
  • Elite Tier Bonus

Wah!! Banyaknya! Kalau tengok pada kelebihan ni, memang semua nak kad enrich platinum ni kan? hehehe. Oklah. Dah habis cerita pasal enrich kad ni. Jadinya, kalau korang nak dapatkan kad ni, boleh je mohon secara percuma. Tapi akan dapat kad macam aku lah. Takpe, kita mula dulu dengan yang paling kecil. Lama-lama nanti, dapatlah yang paling besar. Ok? Jom daftar ramai-ramai sekarang.
loading...

6 ulasan:

  1. nieyl ada pegawai yg boleh dikatakan setiap minggu dia akan travel..
    pastu setiap 3 bulan mesti travel g oversea...
    rasanya kad dia warna Gold...huhu...
    bestnya..nieyl jarang naik MAS..
    sekali 2 je..sebab kerja x selalu travel...
    untung pada yg selalu ada biz trip.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. kad ini memang beri kelebihan pada mereka yang kerap travel. lagi banyak mereka travel, lagi banyaklah point mereka dapat. hehehe

      Padam
  2. Wow kad Enrich MAS ni memang sesuai untuk traveller.. Boleh collect and redeem points. 😄

    BalasPadam
  3. buat masa sekarang keja saya belum travel lagi..

    in shaa Allah pada tahun mendatang..

    BalasPadam
  4. Kalau mereka yang selalu travel rugi rasanya kalau tidak collect point.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com