Senarai top travel blogger malaysia. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Senarai top travel blogger malaysia.

Senarai top travel blogger malaysia.

Senarai top travel blogger malaysia | Ok. Hari ini ceritaejoy berkisarkan tentang travel blogger malaysia. Selain daripada food blogger, lifestyle blogger dan personal blogger, type blog pengembara juga merupakan di antara blog yang diminati ramai orang termasuklah aku! Dan sama seperti orang lain, aku juga berkeinginan untuk menjadikan blog aku ini sebagai blog travel! insyaAllah, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Orait! Penulisan kali ini berkisarkan mengenai senarai top travel blogger malaysia yang boleh korang jadikan semangat untuk korang jadi seperti mereka!

Apa yang menariknya mengenai travel blogger ni? Selain daripada dapat “melancong” secara percuma ke merata dunia, pengalaman yang diperolehi daripada singgahan itu yang lebih bermakna! Bukan semua orang memperolehi peluang seperti ini kan? Waktu ada tenaga, kita sibuk dengan kerja. Bila punya wang dan masa, kita pula sudah tiada tenaga! Ahha!

Baiklah! Aku teruskan dengan senarai top travel blogger malaysia yang boleh korang jadikan semangat untuk korang jadi berjaya seperti mereka! Senarai ini adalah berpandukan kepada senarai blog yang sering menjadi kegemaran aku ketika blogwalking. Walaubagaimanapun, jika korang ada/tahu travel blog yang lain, beritahu aku ya! Akan aku masukkan ke dalam senarai ini.


Orait! Blog pertama adalah milik Mr Jocko. Seorang yang sangat aktif dalam media sosial pada mata aku. sebabnya aku selalu nampak post dia dekat wall aku! hahaha. Pemurah juga orangnya sebab kalau travel ke mana-mana, dia akan buat giveaway. Blog yang penuh dengan pengalaman berada di bermacam negara yang boleh korang jadikan panduan jika berkungjung ke negara tersebut. Eh! Mr Jocko ni juga seorang bikers tau! So kalau ada minat yang sama, boleh lah ajak beliau minum-minum sambil dapatkan ilmu mengenai blog. Tak gitu Mr Jocko? Hehehe.


Secara jujurnya, aku suka dengan blog travel ni. Aku suka tengok gambar dengan jalan cerita dalam blog ni. Kita kalau baca blog ni rasa macam tengah bersembang dengan owner dia. hahaha. Banyak perkongsian mengenai “solo backpacker” yang dikongsikan. Terbaru, cerita mengenai Solo backpacking ke eropah. Dah baca? Kalau belum, silakan baca. Aku suka gambar istana atas bukit tu, cantik sangat!


Tahu kenapa aku suka baca blog travel ni? Sebab owner dia cantik! Hahaha. Dia punya senyum, aduh! Menusuk kalbu! Ahha! Diantara post yang paling aku suka adalah post dia pergi india! Eh! Siapa yang cakap kat india takda tempat cantik? Korang patut baca post ni : Lokasi menarik di india. Poobritney pun ada sediakan Open trip untuk mana-mana yang nak join dia travel. Terbaru! Dia bukak Open trip ke New Zealand! Apa lagi, jomlah join!


Ini lagi 1 blog yang tidak mengecewakan pada aku. Banyak lokasi-lokasi menarik yang dia kongsikan. Kadang aku sendiri tertanya-tanya, eh! Banyaknya duit diarang ni! Merata negara mereka pergi, seronoknya! Dan soalan biasa juga yang di tanya, mereka ni kerja apa? Sebab boleh pergi macam-macam negara, kan? hahaha.


Orait! Seterusnya dalam malaysia top travel blogger adalah Pojie. Blog ini diantara yang aktif juga kongsikan pelbagai cerita mengenai kembara. Aku suka baca 1 post waktu dia pergi negara jiran kita, Indonesia. Aku lupa apa nama post tu, sebab dah lama aku baca. Cerita pasal ada 1 kawasan dekat sana, yang tanam mayat dalam pokok, dalam batu. Fuh! Memang seram kalau baca tapi macam yang ramai orang suka adalah, pengalaman apabila berada dekat sana.


Macam yang aku ada cakapkan awal tadi, aku kongsikan dengan korang senarai blog travel malaysia yang aku suka baca. Dan ini adalah salah satunya. Oklah, aku nak tanya korang, kenapa aku suka blog ni? ahha! betul! Jawapannya adalah owner blog ni cantik! Hahahaha. Eh! Cantik betul tau, bukan main-main. Hahaha. Tambah pulak banyak cerita mengenai travel yang dikongsikan beliau. Lagilah seronok baca kan?


Nak tengok gambar-gambar dalam edisi travel yang cantik? Sila datang sini! Owner blog ni bukan calang-calang orang tau, di antara photographer rasmi untuk kerajaan Malaysia! So, dah boleh bayangkan macamana cantiknya gambar yang di ambil pemilik blog ni. Ada 1 cerita travel yang boleh aku katakan di antara pengalaman termahal buat seorang travel blogger yang dikongsikan dalam blog ni. Kalau korang nak tahu, kenalah singgah ke sini ya!

Uncle Zuan (http://unclezuan.com/)

Dan yang terakhirnya, blog Uncle Zuan. Blog ni sebenarnya masih baru lagi pada aku. Tapi aku suka dengan jalan cerita dalam blog ni. Cerita macamana aku boleh jumpa blog ni, bila aku search cerita mereka yang travel ke Australia. Terjumpalah blog unclezuan. Banyak juga cerita mengenai travel yang dikongsikan beliau.

Oklah. Rasanya cukuplah setakat ni dulu. Yang sebenarnya ada banyak lagi malaysia top travel blogger. Cumanya aku senaraikan beberapa blog yang aku rajin singgah. Kalau korang tahu mana-mana blog yang perlu masuk dalam Senarai top travel blogger malaysia ni, korang komen sahaja dekat bawah ya. Nanti aku akan masukkan dalam list. Ok?

Tags : Travel Blogger Malaysia, Famous Travel Blogger Malaysia, Top Travel Blogger In Malaysia, Top Travel Blog Malaysia, Top Malaysian Travel Blog, Travel Blog Malaysia, Travel Blog Malaysian, Travel Blog Malaysia Thailand, Korea Travel Blog Malaysia, Japan Travel Blog Malaysia, Melbourne Travel Blog Malaysia, Tokyo Travel Blog Malaysia, Sydney Travel Blog Malaysia
loading...

6 ulasan:

  1. Terbaik la dorang.. bestnya la kan dapat pusing jalan2x hampir satu dunia. hehhe.

    BalasPadam
  2. ISH..MCM MANA JIE BLEH TERPLAS BACA BLOG2 TRAVEL KAT ATAS TU SELAIN UNCLE..

    BalasPadam
  3. terima kasih bro...aku pun masih baru lagi tu..byk lagi kena baiki....

    BalasPadam
  4. majoriti memang selalu baca.

    kagum sebab diorang rajin berjalan.

    BalasPadam
  5. Nampaknya, gua dah boleh bersara jadi travel blogger hahahahah

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com