Penatnya betulkan broken link dalam blog! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Penatnya betulkan broken link dalam blog!

cara nak check broken link dalam blog

Penatnya betulkan broken link dalam blog! | Selepas membaca beberapa post rakan-rakan blogger mengenai cara nak check broken link dalam blog, haruslah aku cepat-cepat cuba kan. Dan seperti yang dijangkakan, memang beratus broken link dalam blog ceritaejoy ni! hahaha. Aku memang dari awal lagi dah jangkakan benda tu sebab rasa blog ceritaejoy ni macam lambat je *eh! Ini salah satu punca blog lambat loading ke?*.

Kenapa boleh ada broken link dalam blog?

Ok. Selepas membetulkan beberapa masalah yang berlaku ni, baru aku tahu kenapa ada banyak broken link dalam blog. Puncanya adalah, katakan korang suka join segmen atau giveaway. Mesti korang akan masukkan link dalam blog korang kan? Katalah, segmen tu dah lama, 2-3 tahun lepas. Pemilik segmen tu pulak dah delete segmen tu. Jadi secara automatiknya, robot tak dapat kesan link asal maka terjadilah broken link. Ha, faham tak?

Lagi satu, aku kalau menulis, memang aku suka letak link asal. Yelah, kita ambil ilmu orang, kenalah beri kredit pada orang tu kan. Tapi sama macam ceritaejoy dekat atas ni, katakan orang atau blog tu dah tak wujud. Jadi link yang kita letak itu dah tak berfungsi. Oleh yang demikian, robot akan detect benda tu maka akan terjadilah broken link. Ahha! sekarang dah faham kan?

Berbalik kepada cerita aku pada awal tadi. Ada beratus broken link dalam blog ceritaejoy ni. Jadi, aku kena betulkan satu persatu masalah tu. Ada post yang terpaksa aku padam disebabkan aku tak jumpa punca dia! Tapi kebanyakkannya adalah segmen yang aku join lah. Semua link asal telah dipadam oleh pemilik blog dan memberikan aku broken link. Adeh! Sedihnya!

Oklah. Korang nak tahu cara macamana nak check broken link dalam blog? Caranya mudah je. Masuk dalam http://brokenlinkcheck.com/. Kemudian isikan ruang yang berkenan. Kemudian jika ada broken link, maka akan berderetlah yang keluar. Cara nak betulkan? Kalau ikut aku, aku buat satu persatu. Klik pada “SRC” dan cari artikel berkenaan. Kemudian betulkan, samada masukkan link baru atau padam terus link tu. Ok?

Itu sahajalah cerita mengenai broken link dalam blog ni ye. Selamat mencuba.
loading...

9 ulasan:

  1. Broken link.blog cik akak tu meriah..haha

    Gara2 backlink

    BalasPadam
  2. ohhh barulah jelas... thankz ejoy cz jelaskan dgn detail.. terang dan jelas sgt..

    BalasPadam
  3. Rajinnya betulkan. Broken link ni memang suka sangat menyemak kat blog. Hukhuk

    BalasPadam
  4. Owh...boleh la PC check juga ni...terima kasih perkongsian.

    BalasPadam
  5. Wah... kena check jugak ni... thanks sharing...

    BalasPadam
  6. terima kasih ejoy berkongsi ilmu,ni kalau kak ana check ni mahu beratus gak kan..

    BalasPadam
  7. Btoi byk yg broken dri segmen, giveaway...dh byk buang...tpi still berlambak yg bru dtg...haha

    BalasPadam
  8. Sy baru bermula untuk bloging, sudah baca pasal brokenlink ni. Syukur nanti tidak juga saya penat nanti. Terima kasih perkongsian ejoy!

    BalasPadam
  9. Broken link tu secara ayat orang kampungnye apa ye? Mahap masih baru dalam dunia blogging.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com