Pelajaran bahasa anak-anak bermula dari ibubapa. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Pelajaran bahasa anak-anak bermula dari ibubapa.

Pelajaran bahasa anak-anak bermula dari ibubapa

Pelajaran bahasa anak-anak bermula dari ibubapa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih berkesempatan untuk update blog ceritaejoy. Hari ini aku nak cerita sedikit mengenai anak-anak aku. Aku sebenarnya, agak kurang berminat untuk menceritakan mengenai hal mereka di dalam blog ini. Namun dalam beberapa hal, ada perkara yang aku ingin kongsikan dengan semua.

Ok! Siapa yang setuju kalau aku cakap, Pelajaran bahasa anak-anak bermula dari ibubapa. Selain daripada rancangan tv. Aku ambil contoh perkara yang paling dekat dengan aku, iaitu anak aku. Anak aku sama seperti kebanyakkan anak orang lain, suka tengok rancangan kartun Upin & ipin dan Boboboy. Dan hampir kebanyakan bahasa yang dia gunakan adalah daripada rancangan tersebut.

Namun ada beberapa perkataan yang keluar daripada mulut dia yang aku sendiri kadang-kadang tercari-cari dari mana dia belajar mengenai perkataan itu. Aku ambil contoh lagi *banyak sebenarnya perkataan yang aku kurang jelas daripada mana ia datang namun aku beri contoh yang terdekat* Shoot. Ahha! shoot. Dan contoh ayatnya adalah,

“eh! Jangan main-main tau, nanti orang shoot nanti”

Ayat tu merujuk kepada, jangan ganggu saya, kalau tak saya tumbuk awak nanti.

Bila aku dengar ayat macam tu, aku sangat jelas dengan kehadiran awal perkataan tersebut. Dan yang sangat jelas adalah, aku tidak gemar menggunakan perkataan shoot tu, jadi daripada mana ianya datang? Ya! Sangat jelas yang ianya datang daripada wife aku yang menghabiskan kesemua masanya bersama dengan anak-anak.

Wife aku memang anak jati Melaka. Dan aku sangat familiar dengan bahasa orang Melaka *tidaklah aku cakap semua bahasa orang Melaka ni kasar tapi hampir kebanyakkannya adalah ya* dan aku biasa mendengar bahasa-bahasa yang sememangnya kasar pada telinga aku dan seperti yang aku katakan tadi, aku dah familiar. Jadi rasa dekat hati tu dah kurang.

Aku kerap juga dengar wife aku kalau cakap dengan anak-anak, yelah! Kerja surirumah sepenuh masa ni penat! Eh! Lagi penat dari segala kerja yang lain! Semua benda dia kena buat. Kadang tak berhenti kerja, 24jam! Saat kita, suami-suami ni tidur, ada daripada mereka yang berjaga hanya untuk memastikan kita dan anak-anak selesa, betul tak?

Tapi yelah, dah nama pun manusia kan, ada masanya tak tertahan jugak dengan perangai anak-anak yang sedang membesar ni. Jadi terkeluar jugalah bahasa-bahasa Melaka tu. Antaranya itulah:

“eh, ibu dah penat cakap banyak kali ni, jangan sampai ibu shoot nanti”

Ha! Lebih kuranglah bahasa dia tu. Dan mungkin kerana ianya disebut banyak kali, jadinya perkataan itu diserap masuk ke dalam minda anak aku sekaligus menggunakan perkataan tersebut. Apa yang merisaukan aku adalah, bila dia masih menggunakan perkataan tersebut ketika daftar sekolah tadika tahun depan.

Aduh! Memang aku risau. Risau kalau kawan-kawan baru dia nanti dengar! Mahu jadi gaduh pulak nanti. Aku memang jenis tak berkenan kalau anak aku gunakan bahasa macam tu dan mewujudkan rasa tak selesa pada kawan-kawan dia. Jadi, sebelum tibanya masa tersebut, aku kena betulkan minda anak aku.

Betulkan pemikiran dia sebab dia masih muda dan sangat mudah untuk kita betulkan. Tetapi part wife aku tu. Adeh! Susah jugak nak buang perkataan-perkataan tu. Tapi apa pun, kena juga betulkan kalau tak mahu anak aku hadir ke sekolah dengan perkataan-perkataan kasar macam tu. Aku masih tercari-cari idea yang berkesan. Namun, aku tetap juga mencari info yang terbaik di dalam pengendalian bahasa dengan anak-anak ni. Apa pun, aku harap semuanya berjalan lancar, insyaAllah. amin.
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com