Kroni sana sini. - Ceritaejoy

Header Ads

Kroni sana sini.

Kroni sana sini.

Kroni sana sini | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih berkesempatan untuk menulis di sini, di blog ceritaejoy. Sehari dua ni memang sakit kepala sikit sebab nak setting blog baru. Yang sebenarnya aku masih lagi bereksprimen dalam pelbagai niche. Jadi macam-macam blog yang muncul. Takpalah, janji ada usaha. Bila ada usaha, insyaAllah ada kejayaan. Sebelum tu dah baca post sebelum ni berkaitan Valet doa? Perniagaan berdoa di tanah suci?

Oklah. Hari ini macam nak meluahkan perasaan sikit dekat blog aku ni. sekadar luahan sahaja. Tak kemana pun sebenarnya. Dan harus aku ingatkan ya, ini tiada kaitan dengan politik. Maklumlah, bila sebut “kroni” ni, ada yang cepat tangkap dan memikirkan perkara lain, ok?

Baiklah. Benda ni dah lama dah sebenarnya. Lama dah. Bila ada seseorang yang ditugaskan untuk melakukan sesuatu kerja tu, dia akan mengambil sesiapa sahaja yang paling rapat dengan dia. Itu perkara biasa kan? Biasalah, kroni. Tapi bila bab kesusahan, dia akan memanggil semua orang dengan 1 alasan, kita bekerja dalam 1 team.

Kemudian, bila perlu melakukan sesuatu keputusan, dia akan mendahulukan semua kroni dia dan mengetepikan semua orang. Tapi dalam saat perlu melakukan sesuatu tugasan, dia akan memanggil semua orang juga dengan 1 alasan, kita bekerja dalam 1 team.

Dan perkara yang paling aku tak suka dengar adalah, bila manusia-manusia ini menggunakan alasan “susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang”. Ini pada aku adalah alasan yang paling bodoh. Maaf cakap lah ye kalau terlalu emosi.  Sebabnya, alasan bodoh tu memang tak kena kalau semua perkara kau gunakan hanya pada kroni kau.

Bila bab yang menyeronokkan, orang-orang yang rapat je. Tapi bila bab kerja, habis semua orang, manusia ni panggil. Peliknya, kemana hilangnya kroni-kroni ni tadi? Tak kan nak sedap je. Aku sangat pasti, benda macam ni bukan jadi kat tempat kerja aku je. Tapi dekat semua tempat.

Aku faham dan sedar, blog ceritaejoy ini juga di baca oleh rakan-rakan sekerja aku. Dan aku sememangnya mahu mereka baca dan tahu akan alasan “susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang” ni. Alasan tu memang tak layak digunakan kalau kau hanya bekerja dengan kroni kau sahaja. Buka mata, buka hati kau. Jangan kelak, kau susah, tiada siapa pun nak dekat. Dan waktu itu lihatlah, apa sebenarnya maksud kroni tu.

6 ulasan:

  1. setuju , sama macam di tempat kerja saya

    BalasPadam
  2. Biasa berlaku macam ni..... Hehe

    BalasPadam
  3. hi saya datang follow sini.. salam kenal :)

    BalasPadam
  4. nak buat camne kan, dari atas camtu, mesti bawah pun sama

    BalasPadam
  5. Setakat ni xda lagi perkara mcm ni berlaku tmpt ju.. alhamdulillah utk smentara waktu, dan mharap xda ada lah jadi mcm ni huhu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com