Khabar gembira February 2017 : Minyak naik lagi! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Khabar gembira February 2017 : Minyak naik lagi!

Khabar gembira February 2017 : Minyak naik lagi!

Khabar gembira February 2017 : Minyak naik lagi! | Ramai yang mendoakan perkara yang gembira apabila masuk sahaja bulan February 2017. Dan sekali lagi kita digembirakan dengan berita kenaikan harga minyak petrol! Owh! Sungguh gembira bila mendengar harga minyak petrol naik RM0.20 sen! Siapa tak seronokkan? Tengok saja dekat stesen minyak, beratur kenderaan yang nak isi minyak.

Cerita kenaikan harga minyak ni mula tersebar melalui laman sosial facebook dengan whatapps. Bila dah tersebar tu, boleh cakap 90% benda tu betul. Mulanya aku macam tak percaya juga sebab ada rakan yang kongsikan yang itu hanya khabar angina. Siap ada gambar daripada pihak tertentu yang cakap berita kenaikan harga minyak petrol tu hanya khabar angin.


Baca juga : 

MENCARI HOTEL DI MELAKA? ECO TREE HOTEL MUNGKIN PILIHAN TERBAIK


Tapi tup tup, pagi ni tengok berita, harga minyak petrol naik RM0.20! Apa masalahnya ni? Seingat aku, harga minyak petrol baru je naik, ni naik lagi? Nak suruh kita rakyat bawahan mati secara perlahan-lahan ke? Aku dan semua pun pasti tertekan dengan benda ni. Secara logik, bila minyak naik, semua benda akan naik. Percayalah!

Bila semua barang dah naik, nak harapkan dia turun semula macam mengharapkan sesuatu yang tak mungkin terjadi! Kenaikan harga minyak petrol February 2017 ni memang memberi kesan ekonomi yang sangat kuat pada keluarga kecil! Pasti ada yang cakap, kalau terkesan dengan kenaikan harga minyak, jangan isi minyak. Tumpang orang atau naik kenderaan awam sahaja.

Nak tumpang orang pun kena keluarkan duit. Nak naik kenderaan awam? Bagi tempat yang ada kemudahan kenderaan awam, bolehlah, macamana pula yang takda kemudahan kenderaan awam ni? Terpaksalah naik kenderaan yang ada. Minyak petrol naik RM0.20 1 liter! Tersangat tinggi tu! Bukan sikit-sikit naik!


Baca juga: 

OPPO A37 : BATERI TAK TAHAN LAMA DAN CEPAT PANAS MACAM NAK MELETOP!


Dan tersangat pasti, akan ada yang cakap. Jangan mengeluh sahaja. Kena usaha cari duit lebih. Kita bercakap, tak kemana. Sebab “takda kuasa” untuk kita ubah. Kan? Mesti ada yang cakap macam ni. Tapi kalau usaha lebih, tapi keadaan ekonomi makin menekan macam ni, memang tak kemana la! Memang akan wujud lebih ramai orang susah!

Huh. Huh. Nampaknya permulaan ceritaejoy pada bulan February ni sedikit tertekan berikutan harga minyak petrol naik RM0.20. Dan aku juga tertunggu-tunggu samada berita kenaikan harga minyak ni akan sama hebat atau tidak dengan berita cas beg plastik yang juga sama harganya, RM0.20! Kita sama-sama nantikan.
loading...

3 ulasan:

  1. Baru plan nak jenjalan jauh2 bulan nie, terpaksa batalkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa nak kata kan..kita kuasa takda..ngikut jelah apa yang mereka buat. hmm

      Padam
  2. hadap jela . benda di luar kawalan. jadi, nak tak nak kena usaha lebih. seperti kata menteri. buat dua kerja. hehehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com