Hebatnya instinct ibu yang menyusukan anak. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Hebatnya instinct ibu yang menyusukan anak.

Hebatnya instinct ibu yang menyusukan anak

Hebatnya instinct ibu yang menyusukan anak | Aku tak berani nak cakap perkara ini berlaku pada semua orang, tapi hampir kebanyakkan cerita yang aku dengar, hampir kesemuanya mengalami perkara yang sama. Ahha! Kenapa pula aku bercerita pasal kelebihan ibu yang menyusukan anak ni? Ianya ada kaitan dengan “keajaiban” yang aku lihat sendiri apabila buat pertama kalinya, isteri aku menyusukan anak kami! Ahha!!

Ok. Aku ada 3 orang anak. Dan aku sangat bersyukur tentang itu. Namun, anak sulung dan kedua kami tidak menyusu badan. Kerana apa? Kerana wife aku takda susu badan langsung ketika itu. Dan sebab itu, mereka minum susu formula. Dan kedua-dua anak aku hanya minum susu formula dalam tempoh yang singkat. Maksud aku, diarang minum susu formula tu kejap je. Kemudian macam-macam minuman wife aku bagi pada anak-anak aku.

Dan sehingga ke saat ini, anak kedua kami yang kini hampir mencapai usia 2 tahun, hanya minum air bali! Ya! air bali! Bukan aku tak beri dia minum susu formula, tapi boleh dikatakan kesemua susu formula aku dah bagi dekat dia, tapi semua tak boleh masuk. Kalau dia minum, dia akan sakit perut! Dan aku akan sakit kepala memikirkan anak kedua aku ni. Jadinya, hingga ke saat ini, anak kami Cuma minum air bali.

Baca juga : 

CUTI-CUTI KE SONEVA KIRI RESORT & RESIDENCES

Baik. Berbalik kepada cerita Hebatnya instinct ibu yang menyusukan anak ni, alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana dengan kelahiran anak ketiga kami, susu wife aku menjadi sangat banyak! Eh! Aku pun jadi pelik kenapa banyak sangat ni? Mungkin terkumpul dari anak pertama kot! Hahaha. Tapi betul, rasa syukur sangat sebab susu badan wife banyak.

Dan nak tahu? Wife aku agak kekok kerana ini adalah pengalaman pertama dia menyusukan anak. Sampaikan kadang-kadang aku tergelak tengok dia. hahahaha. Anak dah masuk 3, tapi kekok menyusukan anak. Apa nak buat, baru kali ini ada susu, kan? Jadi kenalah belajar dari mula. Bila dah lama-lama nanti, biasalah kan?

Orait. Di kesempatan wife aku menyusukan anak ni, aku terlihat sesuatu benda. Keajaiban mungkin. Mungkin juga naluri seorang ibu yang dikurnia yang maha esa. Apa kelebihan tu? Ahha! Kelebihannya adalah, wife aku tahu bila masa anak aku nak menyusu badan! Wah! Ianya mungkin biasa pada korang tapi luar biasa pada aku! Sungguh!

Aku kadang tertanya-tanya, macamana wife aku yang tengah masak dekat dapur boleh tahu yang anak aku ni nak menyusu! Eh? Dia bukan boleh cakap pun, “ibu, nak susu”. Kan? Kalau boleh cakap lainlah. Tapi secara tiba-tiba wife aku akan datang dan cakap, ni masa dia menyusu ni. Tak lama lepas tu, anak aku terjaga dan menangis. Tandanya dia nak susu la kan?

Hebat! Kadang aku macam tak percaya! Siap cakap dengan wife aku, hebatlah kamu! Ada power sejak-sejak menyusu badan ni! Sebab boleh tahu bila masanya anak kita nak menyusu badan. Dan hampir kesemua masa yang dia datang tu, memang anak aku akan terjaga dan menangis! Menandakan yang dia memang nak menyusu!

Aku ada juga tanya wife aku, macamana dia boleh tahu. Dan aku rasa korang dah boleh agak dah *kalau yang dah biasa menyusu badan anak-anak* dan mungkin perkara pertama buat mereka yang tak pernah ada pengalaman menyusu badan anak-anak ni. ahha! Korang nak tahu macamana ibu-ibu ni boleh tahu? Harapnya pemikiran korang terbuka ya! Jangan fikir yang negative ya! Anggap sahaja ini ilmu tambahan.

Baca juga : 

GLAMPING DI CARAVAN SERAI : KHAS UNTUK MEREKA YANG SUKAKAN PERCUTIAN DALAM KHEMAH!


Macamana ibu yang menyusukan anak mereka boleh tahu waktu anak mereka ingin menyusu? Jawapannya adalah, susu keluar secara tiba-tiba! Ha? Ye! Susu badan keluar secara tiba-tiba! Dan bila ini berlaku, si ibu tahu yang anak mereka ingin menyusu! Allahurabi! Mungkin ini kuasa Allah yang dikurniakan pada si ibu.

Bila susu badan keluar secara tiba-tiba, si ibu akan datang pada anak dia lah. Dan hampir kesemua bayi yang menyusu akan terjaga secara tiba-tiba! Sungguh aku macam terasa wow! Hebat betul kuasa Allah yang dikurniakan pada si ibu. Sebab itu orang cakap, naluri ibu ni kuat! Anak-anak tak usahlah cuba berbohong dengan ibu sendiri, sebab perasaan mereka sangat kuat.

Fuh! Benar! Pengalaman ini buatkan aku rasa lebih bersyukur dengan setiap apa yang dikurniakan pada aku. Rasa beruntung sangat sebab dapat rasa pengalaman ni. Yelah, kalau orang lain bercerita, kita tak rasa sangat, sebab kita tak lalui benda tu. Apa pun, tahniahlah pada semua ibu yang menyusukan anak. 

Pada ibu yang kekurangan susu, janganlah rasa lain, anda juga beruntung kerana dikurniakan zuriat. Buat mereka yang tidak punya zuriat, ketahuilah, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui segalanya. Yer.
loading...

8 ulasan:

  1. hebatkan mereka yg bergelar ibu,mak,mama,mummy,umi...
    InsyaÁllah yakin dgn rezeki Allah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah..ada rezeki untuk nieyl sekeluarga..amin..

      Padam
  2. mmg pun instict ibu bf anak mmg hebat... sy jugak melaluinya utk 2 anak saya... boleh baca dgn nada tangisan dan gerak geri anak bila nak menyusu... ALLAH MAHA BESAR...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah. kamu berpeluang nak rasa semua kehebatan ni kan..:)

      Padam
  3. Yap.

    Salah satu benda yang aku kagum pasal ibu-ibu.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com