Glamping di Caravan Serai : Khas untuk mereka yang sukakan percutian dalam khemah! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Glamping di Caravan Serai : Khas untuk mereka yang sukakan percutian dalam khemah!

Glamping di Caravan Serai bentong pahang

Glamping di Caravan Serai : Khas untuk mereka yang sukakan percutian dalam khemah! | Aku dapat tahu pasal lokasi ini melalui 1 rancangan di TV3. Yang sebenarnya, aku kurang pasti apa nama lokasi sebenar dia, Cuma dengar pengacara tu cakap “glamping”. Bila aku cari di google, tak banyak juga cerita mengenai lokasi ini. Jadi aku cuba untuk kongsikan lokasi menarik ini dengan semua. Khas untuk mereka yang sukakan suasana damai, jauh dari hiruk pikuk kota dan yang lebih penting, percutian dalam khemah! Ayuh! Kita ke Caravan serai, bentong Pahang!

Bercerita pada awalnya, aku ingatkan lokasi ini bernama Glamping bentong Pahang. Jadi puaslah aku cari dalam google. Rupa-rupanya, salah! Nama sebenar tempat yang menjadi lokasi pengambaran itu adalah Caravan serai. Ahha! Jadi kalau korang nak search, korang gunakan nama yang sebetulnya ya! hehe.


Sebelum itu, apa maksud sebenar Glamping ni? Glamping membawa maksud mereka yang gemarkan percutian berkonsepkan alam semulajadi. Glamping dengan camping sama ke? Yang sebenarnya sama je Cuma camping tu lebih kepada kongsep perkhemahan biasa. Berbeza dengan glamping, ianya lebih selesa. Walaupun berkongsepkan percutian dalam khemah, namun ianya lengkap dengan pelbagai kemudahan lain. Contohnya, ada katil siap dengan tilam empuk, kipas, rak kasut, ha! Apa lagi? Peti ais, telivisyen. Hahaha.


Glamping di Caravan Serai bentong pahang

Glamping di Caravan Serai bentong pahang

Glamping di Caravan Serai bentong pahang


Yang sebenarnya, glamping ni dah terkenal dekat luar negara sana. Cumanya dekat malaysia ni, ianya masih belum diketahui ramai. Apa pun, ianya memang sangat menarik dan mesti cuba untuk semua pencinta alam semula jadi! Ok? Orait! Jom kita tengok-tengok lokasi di antara lokasi glamping yang menarik di malaysia : Caravan serai!

Glamping di Caravan Serai : Khas untuk mereka yang sukakan percutian dalam khemah!

Orait. Terletak di bentong Pahang, lokasi percutian ini memang benar-benar berkongsepkan alam semulajadi. Suka betul aku tengok suasana hutan waktu pagi tu. Berkabus je. Tapi biasalah kita orang melayu, kalau tengok lokasi gambar macam dekat bawah ni, apakah perkara pertama yang muncul dalam minda korang? ha, jawab ikhlas ya! tolong. Haha.


Glamping di Caravan Serai bentong pahang

Memandangkan ianya berkongsep glamping, jadi adalah lebih bermakna jika kita mengambil percutian dalam khemah dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sememang sangat menyeronokan! Jom kita tengok dulu gambar-gambar percutian khemah yang di tawarkan di Caravan serai bentong Pahang ni.



Hati aku cukup tertarik dengan anak sungai yang mengalir dalam kawasan percutian ni. Barulah nampak percutian semulajadi kan? Terdapat juga kolam yang airnya melalui pemerhatian kasar aku adalah juga daripada air sungai. Wah! Menarik kan?

Dengan bayaran sebanyak RM279 *mengikut harga bayaran dari sebuah laman web* sudah pasti percutian glamping di caravan serai bentong Pahang ni adalah sesuatu yang sangat berbaloi! Ahha. bila lagi kita nak rasa percutian sepenuhnya dalam khemah kan? Tidur, mandi, dan buat segala macam aktiviti lagi semuanya dalam khemah!

Oklah! Bagi mereka yang berminat untuk merasa keunikan percutian cara glamping ini, korang boleh datang ke:

Caravan Serai Exclusive Private Villas

Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang, Malaysia.

Phone: +603 7972 3655 / +6016 213 7387 / +6016 332 3815.
loading...

4 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com