Eagle ranch resort Port Dickson review. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Sumber : google

Eagle ranch resort Port Dickson review | Alhamdulilah, baru ada kesempatan untuk kongsikan percutian aku selama 2 hari 1 malam di Eagle ranch resort Port Dickson. Sebelum itu, dah baca cerita mengenai Akaun adsense aku di banned? Mungkin ada hikmah dan sememangnya ianya menjadi 1 pengalaman paling berharga buat aku dan blog ceritaejoy. Ok! Lupakan sekejap mengenai hal itu. Sekarang aku nak kongsikan cerita mengenai “resort koboi” ini.

Rasanya ini adalah kali kedua aku sampai ke eagle ranch port Dickson.  Awal dulu adalah kerana ada bike week. Datang dengan wife waktu tu dan kali ini, datang atas urusan kerja pula. Walaupun dah pernah sampai ke sini, perasaan seronok tu tetap ada sebabnya, kali ini aku akan bermalam disini, secara percuma! Siapa yang taknak kan? hehe.

Eagle ranch resort Port Dickson review.


Orait. Ini adalah lokasi untuk register. Masuk-masuk je dah nampak burung helang. Aku terfikir juga, kan bagus kalau resort ni letak burung hidup, baru nampak wow! kan? hehehe. Apa pun, tempat register ni terbuka, jadi aku suka! Sebab berangin je dengan pemandangan yang indah! hehe.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Ok. Ini adalah jenis-jenis bilik yang ada di eagle ranch resort port dickson. Dan bilik aku adalah dari jenis Band wagon! Warghh! Tak sabar juga rasanya nak tengok bilik ni.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Ini macam pintu gerbang dan lokasi paling famous la untuk orang ambil gambar kalau datang bercuti ke sini termassuklah aku. hehehe. Kalau malam, mata lembu dekat atas tu menyala tau! hehehe.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Kalau kita masuk ikut pintu gerbang tu tadi, jalan depan sikit, di sebelah kanan akan ada dewan makan. Mulanya aku sendiri pun tak tahu ini pintu apa, tapi lepas intai kat dalam tu, oh! Dewan makan. hehe.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Kalau sebelah kiri pula, ada lokasi untuk duduk-duduk santai. Dan kalau jalan depan sikit tu, ada bar dekat situ. 

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Ok. kalau jalan lurus? Kalau jalan lurus melalui pintu gerbang tu tadi, dekat lelaki yang sedang berjalan tu, dekat bahagian atas ada litar gokart. Nampak tangga naik atas tu? Ok, dekat atas tu macam ada ruang untuk korang buat apa-apa majlis. Nak karaoke pun boleh. Sebelum naik tangga tu, ada 1 lorong dekat tepi tu. Kalau jalan turun, ada kolam renang dekat situ. Sekejap lagi aku cerita ya.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Kalau kita datang je ke eagle ranch resort port dickson ni, mesti ada perasan padang ni. Bike week juga dibuat di lokasi ini. Sebelah kanan sana tu terletaknya pintu gerbang tadi. ahha!

Ok. Cukuplah rasanya cerita pasal beberapa lokasi yang ada dekat sini, sekarang nak kongsikan pula mengenai bilik-bilik yang ada dekat sini. ok, jom!

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Ok. Ini adalah bilik jenis band wagon. Cara nak sampai sini, masuk sahaja ke dalam resort, jalan je lurus. Nanti akan nampak padang dekat sebelah kanan tu, jalan je sampai hujung. Nanti sampailah ke band wagon. Sebelah bilik ini adalah lokasi orang main paintball. So, kalau korang nak join main, bolehlah.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Ok. Inilah bilik yang aku, BW26. Tingkat atas. Kenalah naik tangga tu. Dan untuk pengetahuan, itu bukan kereta aku ye. Kereta penginap bilik bawah rasanya. hehe. Ok, apa yang ada dalam bilik jenis band wagon di eagle ranch port dickson ni? Jom kita tengok.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Ok. Bilik atas ni, ada ruang dekat loteng dia. Kalau korang nak tidur atas tu pun boleh ya. Tapi tak mahulah aku tidur atas tu. Hehehe. Ok. Lepas dah letak semua barang, jom kita jalan-jalan sekejap dekat eagle ranch resort port dickson ni.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Ok. Ini jalan yang aku cakap tadi, pintu gerbang tadi tu dekat sebelah kanan dan padang dekat sebelah kiri. Aku suka jalan sini sebab cuba korang zoom, nampak tak apa yang ada atas bukit sana?

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Ok, Kan aku ada cakap tadi, kalau ikut jalan nak naik tangga tu, dan ikut lorong turun bawah, akan nampak kolam renang. Ahha! Inilah kolam renang tu. Tak besar pun, standard kolam renanglah kan. Tapi bolehlah main polo air dalam tu. hehehe.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Bersebelahan dengan kolam renang ni ada bilik jenis paddock. Depan bilik jenis ni ada tempat main kuda. Tapi aku tak nampak seekor kuda pun waktu ni. Mungkin kuda tengah berehat kut. hehehe.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Ok. Kalau kita jalan turun bukit melalui bilik paddock tu tadi, kita akan jumpa dengan bilik jenis kampung house ni. Lupa pula aku nak cerita dengan korang. Yang sebenarnya, aku dapat tukar ke bilik jenis ni. Sebabnya, aircond dekat bilik jenis band wagon tu tadi tidak berfungsi. hehehe. Ok, jom tengok apa yang ada dalam bilik jenis kampung house, eagle ranch resort port dickson ni.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Fuh! Bermalam disini sememangnya sangat menenangkan. Sangat selesa. Dengan pemandangan yang cantik sebab ada kolam dekat luar tu, cuma sayang je cetek! Kalau dalam, dari bilik aku terjun dalam kolam tu. hehehehe.

Oklah. Keesokkan harinya, ada sarapan pagi yang disediakan di D BARREL.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Eagle ranch resort Port Dickson review.

Fuh. Sarapan dekat sini memang terbaik! Bertambah-tambah aku makan dekat sini. Sedap! Hehehe. Oklah. Ini sahajalah yang boleh aku kongsikan dengan korang mengenai eagle ranch resort port dickson. Sebenarnya banyak lagi lokasi yang aku tak sempat nak ceritakan dekat korang. Apa pun, resort ni memang terbaiklah! Kalau korang merancang untuk mencari lokasi percutian di port dickson, apa kata datang ke sini. 
loading...

9 ulasan:

  1. baru je stay sini 2 minggu lepas....cantik gak tempat dia cuma bilik dia tu scary sikit..hhahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. terutamanya bilik band wagon tu. sebab atas dia ada loteng kan? tapi semuanya ok. hehehe

      Padam
  2. jom join segmen ni http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/02/segmen-follow-me-februari-2017-my-first.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok2..terima kasih ya. nanti saya akan join..:)

      Padam
  3. Rumah akak dekat jer ngan PD, tp x pernah terjah kat sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok. apa kata nanti plan untuk terjah sini ye. hehehe

      Padam
  4. Macam best pulak.. Nk ajak shuben la gini.. Tq review..

    BalasPadam
  5. Menariknyeeee.. Rasa cam nk p bercuti lak.. Hurmm Nanti kalau ada plan ke PD harus menginap kat sini ni..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com