Cara mudah untuk kenal pasti berus yang dibuat daripada bulu babi - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Cara mudah untuk kenal pasti berus yang dibuat daripada bulu babi

Cara mudah untuk kenal pasti berus yang dibuat daripada bulu babi

Cara mudah untuk kenal pasti berus yang dibuat daripada bulu babi | Ha! Panjang tajuk entry aku awal pagi ni. Baru-baru ini, tular cerita mengenai berus yang diperbuat daripada bulu babi yang dikatakan di import daripada china dalam pasaran malaysia. Dalam kita sedar dan tak sedar, kita dah gunakan berus yang bulunya diambil daripada bulu babi. Ini betul-betul menimbulkan kerisauan semua orang termasuklah aku. Aku tak guna berus dalam kerja aku. Cuma risau kalau anak-anak aku yang guna, kan?

Hari ini aku nak kongsikan dengan semua Cara paling mudah untuk kenal pasti berus yang dibuat daripada bulu babi. Kita kena tahu benda ni, sebabnya ada peniaga yang tidak mengasingkan berus-berus ini dengan berus yang lain. Kalau kita semua tak tahu, jadi main beli dan guna jelah. Ingat ya, haiwan itu haram bagi kita umat islam. Oklah, lanjutkan bacaan korang!

Cara mengenal berus dari bulu khinzir atau babi.


Ciri-ciri bulu babi:

  • Bulunya bercabang pada bahagian hujung.
  • Boleh berubah-ubah menjadi lembut atau keras dengan menggunakan bahan kimia.
  • Susah nak tanggal dan cepat rosak.
  • Paling senang untuk diperolehi berbanding bulu haiwan lain.


Perbezaan di antara bulu babi dengan bulu kambing.


Bulu babi atau bristle mat salleh panggil, bentuk dia keras dan kasar. Hujung dia bercabang. Beza dengan bulu kambing yang sifatnya tidak bercabang dekat hujung dan tajam dekat hujung dia. ha. Jadi dah nampak kan perbezaan dua bulu haiwan ini?

Ada sebabnya kenapa Allah menjadikan bulu babi ini berbeza dengan bulu haiwan yang lain. Oleh yang demikian, kita kenalah sentiasa peka dengan setiap apa yang berada di sekeliling kita ni. lebih-lebih lagi pada anak-anak kita. Mereka bukan tahu pun apa yang mereka guna. Kita yang tahu inilah kena periksa. Cara nak tahu bulu berus tu bulu babi atau tidak, boleh guna cara di atas ya. semoga memberi manfaat pada semua. insyaAllah. amin.
loading...

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum. terima kasih atas perkongsian maklumat semoga hidup saudara dan keluarga sentiasa di berkati Allah, Amin

    BalasPadam
  2. terimakasih dgn info.

    tapi kat berus gigi hampir semuanya label bristle.macam ne nk cri yg betul2 halal

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com