Aku yang cuai. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Aku yang cuai.

aku yang cuai

Aku yang cuai! | Itu yang banyak orang cakap! Aku ni cuai! Dan memang aku akui, kadang-kadang aku terlepas pandang pada banyak perkara. Aku sejenis manusia, kalau fokus pada 1 benda, aku memang akan “terlupa” pada perkara lain. Teruk tak aku? Ceritaejoy pasal cuai macam ni, sekejap tadi, aku kena keluar. Pergi ke suatu syarikat atas urusan kerja. Dekat je syarikat tu dengan tempat kerja aku.

Nak dijadikan cerita, cuaca dah pun gelap menandakan hari nak hujan. Jadinya, sila angkat jemuran, hujan nak turun! Adeh! Jadi aku bergegaslah nak keluar memandangkan aku hanya menunggang motosikal. Kalau jalan berlengang sahaja ok lagi, tapi dengan laptop semua, memanglah aku jadi risau. Mahunya hujan lebat secara tiba-tiba? Tak bertakung beg aku tu nanti?

Aku seorang lelaki kacak berkaca mata. Siapa lagi nak puji aku kan? Hebatnya aku, aku tak suka pakai spek mata pada siang hari. Kan dah cerah dengan cahaya matahari, kenapa nak pakai spek lagi kan. Jadi aku sisipkan cermin mata tu dekat bahagian kiri lengan sado aku ni. Elok terletak dekat situ.

Nak ditambah ceritaejoy ni, dalam perjalanan, hujan pun turun, rintik-rintik. Ini menandakan aku perlu melanjutkan kelajuan motosikal aku ni sama taraf dengan kelajuan motogp. Serius! Hujan kan? Mana-mana penunggang motosikal pun kalau hujan dah rintik-rintik memang mereka akan cepat-cepat cari tempat berteduh. Lain dengan rider macam aku ni, memandangkan lokasi yang aku nak pergi tu dekat, jadi aku kenalah lajukan sikit kenderaan aku tu.

Alhamdulilah. Aku selamat sampai. Tak lama lepas tu, betul tak lama. Aku siap letak motor dengan kemas semua, hujan turun dengan lebatnya! Sangat lebat siap dengan petir! Pokok-pokok renek hampir menyembah bumi dek kerana angin kuat! Boleh bayangkan hujan yang turun tu macam mana? Basah jugak baju dengan tubuh aku kena tempias air hujan!

Dalam pada tu aku baru perasan 1 benda. Mana spek mata yang aku sisipkan dekat lengan sado sebelah kiri aku tadi? Dah takda dekat tempat dia!! ha?? Memang haru biru aku sekejap! Aku cuba cari-cari dekat area parking tu, tapi takda! Ikut hati memang aku nak start motor dan keluar cari, tapi hujan pulak sangat lebat! Aduh!

Lama jugak aku dekat parking motosikal tu, berdoa agar hujan berhenti untuk seketika. Aku Cuma risau kalaulah spek mata aku tu jatuh tengah jalan dan kena lenyek dengan lori ke, kereta ke! Macamana aku nak menghadapi hari-hari ku selepas ini? Sungguh aku tak henti-henti berdoa. Memang aku risau sangat-sangat spek tu kena langgar.

Antara percaya atau tidak, hujan mulai reda. Angin kembali bertiup perlahan. Seakan-akan ada “signal” yang meminta aku untuk cepat keluar mencari cermin mata aku tu. Alhamdulilah! Syukur sangat. Walaupun hujan masih renyai, aku gagahi juga untuk keluar dan mencari cermin mata aku tu. Kalau tidak, aku terpaksa pulang dalam keadaan gelap di tambah lagi dengan kegelapan malam.

Fuh! Tahu dekat mana aku jumpa cermin mata aku? Betul-betul depan pintu masuk syarikat tu! Syukur sangat-sangat sebab takda kenderaan yang lalu waktu tu, cuba bayangkan kalau ada kereta yang masuk waktu itu? Tak ke pecah seribu hatiku. Bila mengenangkan cermin mata yang jatuh atas kecuaian aku tu.

Aku daripada tadi mengucapkan syukur. Mesti ada hikmah yang Allah nak tunjuk pada aku tu. Sebabnya aku memang biasa letak cermin mata dekat sebelah kiri lengan baju aku tu, tapi kenapa baru harini dia jatuh? Dan kenapa juga dia jatuh dekat je dengan tempat aku letak motosikal dan sekali lagi, tiada kenderaan yang lalu ketika itu. Aku pasti, mesti ada hikmahnya. Apa pun aku rasa syukur sangat!

Alhamdulilah.
loading...

4 ulasan:

  1. ingatkan terjatuh tengah jalan ke apa tadi. nasib baik jumpa juga cermin mata tu. kalau tak menangis la cermin mata hilang hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..takut juga sebenarnya kalau kena lenyek ke apa..bukan murah cermin mata tu..adeh..

      Padam
  2. Alhamdulillah... Fiuhhh gigih baca cuak jugak kot spec tu terjatuh dan berkecai... APa pun bersangka baik dengan perancangan ALlah..

    Jemput singgah : www.ummizarra.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..jangan terus menyalah..pasti ada hikmahnya..kan?

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com