The winner Of Fifa Puskas 2016! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

The winner Of Fifa Puskas 2016!

The winner Of Fifa Puskas 2016


The winner Of Fifa Puskas 2016!| Akhirnya! The winner Of Fifa Puskas 2016 diumumkan awal pagi tadi, dan yang lebih membanggakan adalah, seorang anak malaysia berada di atas pentas dunia bolasepak! Mohd Faiz Subri diumumkan sebagai pemenang menewaskan 2 pencabar lain. Eh! Tak rasa bangga ke weh? Anak malaysia tu, bukan mudah tau nak menang anugerah besar macam ni. Sebabnya banyak nama-nama besar dalam dunia bolasepak yang dia berjaya tewaskan.

Seorang rakan aku, awal pagi tadi, waktu berbual kosong cakap, ala, dia menang nasib je tu. Gol tu pun berlaku nasib. Eh! Kalau nasib pun, bukan semua orang dapatkan? Itu tandanya Allah nak beri dia rezeki la tu, kan? Dan nak beritahu pada dunia, Malaysia juga punya bakat yang hebat di dalam dunia bolasepak ni.

Dah berapa lama kita ketandusan anugerah  ini. Betul tak? Sesekali dia bagi anak malaysia menang anugerah Fifa puskas 2016 ni, barulah semua orang nak memandang sukan bolasepak kan? Sama la dengan aku. hahaha. Aku ni tak suka sangat nak tengok game bolasepak, tapi aku lebih suka tengok skill pemain dengan jaringan-jaringan yang semacam ini. ha.

Apa pun, memang sesuatu yang sangat membanggakan apabila Mohd Faiz Subri dianugerahkan sebagai The winner Of Fifa Puskas 2016! Seluruh peminat-peminat bolasepak dunia kini memandang kearah malaysia. Lepas ni mesti mereka fikir, eh! Ada ke negara malaysia? Hahaha. Bukan-bukan. Mesti mereka akan mula membuka mata dengan bakat-bakat bolasepak yang ada di malaysia! Yeah! Tahniah sekali lagi kepada Faiz Subri!
loading...

4 ulasan:

  1. Tahniah Malaysia... Tahniah Faiz Subri... Peratus yang diperolehi pun tinggi jugak...

    BalasPadam
  2. Tahniah. Nasib pun rezeki yang Allah bagi. 😍
    .
    Termasuk dalam qada dan qadar 😃

    BalasPadam
  3. TAHNIAH ! smoga faiz terus sukses ! =D

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com