Teknik pengiklan : Tanpa bayaran, tanpa produk, semuanya percuma! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Teknik pengiklan : Tanpa bayaran, tanpa produk, semuanya percuma!

Tanpa bayaran, tanpa produk, semuanya percuma!

Teknik pengiklan : Tanpa bayaran, tanpa produk, semuanya percuma! | Semalam aku terbaca 1 post di blog Diana Rashid. Ianya mengenai luahan beliau mengenai pihak pengiklan yang kini lebih gemar menawarkan blogger produk percuma berbanding bayaran wang tunai pada setiap review. Kalau kita tengok sekarang pun, memang ada betulnya. Agak susah juga nak jumpa yang berbayar sekarang ni. kebanyakannya beri produk.

Bab itu aku tak mahu ulas panjang lah. Sebab ada waktunya aku juga akan ambil review yang menawarkan produk ni. Itupun kalau ianya memberi manfaat pada aku. Bukanlah kata setiap kali ada iklan, setiap waktu juga aku nak letak link blog ceritaejoy dekat situ. Tengok juga. Kalau main sebat je, lain pula jadinya nanti. Hehehe.

Tapi itulah, betul juga kata Diana Rashid tu. Bukan mudah sebenarnya nak menulis ni. Lepas tu, apa yang kita tulis tu kekal dalam blog kita ni selama mana wujudnya blog ni. Ha, lama kan? Dapat produk yang setimpal dengan penulisan kita, ok juga. Tapi ada juga yang hanya beri sample product. Adeh! Bab itu aku tak mahulah nak cerita panjang, pendapat kita berbeza, takut nanti ada pula yang kata aku ni macam-macam.

Kita lupakan kejap cerita tu, ni aku nak kongsikan 1 cerita yang macam sama dengan cerita dekat atas Cuma mungkin lebih teruk sikit. Adeh! Ianya mengenai Teknik pengiklan : Tanpa bayaran, tanpa produk, semuanya percuma! Kalau cerita sebelum ni, mereka tak bayar kita untuk penulisan, tapi beri produk, itu ok lagi. Tapi ni, tak beri ganjaran wang tunai, tak beri produk, tapi percuma! Dan semua itu berlaku tanpa kita sedar!

Ahha! Macam ni. Mereka buat 1 contest. Hadiahnya Cuma ada 2. Dan hadiah tu bernilai lebih kurang RM400. Mereka invite ramai blogger untuk join. Katakan ada 50 orang blogger yang buat blog review pasal produk tu. Hadiahnya Cuma ada 2. Dah tentulah yang menang tu 2 orang je kan? Selebihnya? Tak dapat apa-apalah kan? Blogger tak dapat apa-apa, tapi pengiklan dapat iklan secara percuma!

Bukan mudah sebenarnya nak tulis. Kalau takat tulis macam tu je takpelah juga kan? Tapi siap diminta buat itu ini. Masukkan itu ini. Dengan harapan kita akan menang. Kesudahannya ianya berlalu pergi tanpa kata apa-apa. Eh, boleh buat tajuk lagu ni.

Mungkin ada yang cakap, ala, kalau tak nak join, tak payah la join. Nak kecoh buat apa? Kan? Aaa, aku tak kecoh pun sebenarnya. Aku cuma nak cerita apa yang aku rasa aku nak cerita dekat blog ceritaejoy ni. Mungkin awal-awal macam ni, lama kelamaan, kamu tidak akan beroleh apa-apa melainkan penat lelah kamu menulis secara PERCUMA untuk keuntungan pihak pengiklan.

Apa pun, masing-masing punya pendapatkan? Bagi aku, menulis ni hobi. Rasa seronok aku untuk menulis. Jika dapat job berbayar, itu rezeki. Jika aku nak kongsikan apa sahaja yang aku nak, mungkin untuk iklan produk yang aku guna sendiri, itu keinginan aku sendiri. Tapi jika diminta buat itu ini, dan semuanya percuma. Adeh! Takpelah, rasa macam tak seronok pula nak menulis. Kan? Pendapat korang pula macam mana?

loading...

3 ulasan:

  1. Nieyl setuju....
    nieyl menulis blog pun just untuk diri sendiri...
    berkongsi apa sahaja yang boleh dikongsikan...
    kalau dapat review dr syarikat² atau individu itu adalah rezeki..
    teruskan menulis :)

    BalasPadam
  2. kan..kalau dapat, itu kiranya rezeki. jadi teruskan sahaja menulis..hehe

    BalasPadam
  3. btl juga, mcm2 teknik skrg ni utk lariskan produk. hope para blogger xda yg tsangkut ngn teknik amik ksempatan mcm ni

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com