Takziah pada keluarga Adenan Satem. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Takziah pada keluarga Adenan Satem.

Takziah pada keluarga Adenan Satem

Sumber :  BHOnline.

Takziah pada keluarga Adenan Satem | Takziah kepada keluarga Adenan Satem diatas pemergian ketua menteri Sarawak ini jam 1320 tadi di Sarawak General Hospital Heart Centre di Samarahan, Sarawak. Arwah meninggal dunia 14 hari sebelum hari lahirnya yang ke 73.

Khairy Jamaluddin dalam tweet terbarunya mengucapkan takziah kepada Puan Sri Jamilah dan keluarga serta rakyat Negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem .


Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Adenan Satem.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, jam 1.30 tengah hari tadi. 

Ini disahkan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, yang juga pakar kardiologi dan berpengalaman merawat pemimpin veteran itu. 

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, dimasukkan ke Pusat Jantung HUS kelmarin selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas. 

Antara yang terawal menziarahi jenazah Adenan ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang bergegas ke Pusat Jantung HUS sejurus dimaklumkan berita berkenaan. 

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg, dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kematian Adenan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya jam 3.30 petang ini. 

Ia dijadual dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, adalah antara yang pertama mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Adenan Satem sejurus berita kematian Ketua Menteri Sarawak itu disahkan. 

"Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga & rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah.

Sumber : BHOnline.
loading...

2 ulasan:

  1. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

    BalasPadam
  2. Arwah tok Nan merupakan pemimpin yang popular dan berjiwa rakyat..disukai oleh semua lapisan rakyat di Sarawak..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com