Rasa seperti baru dilahirkan selepas blog.. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Rasa seperti baru dilahirkan selepas blog..

Rasa seperti baru dilahirkan

Rasa seperti baru dilahirkan selepas blog.. | Nampaknya aku masih bergelut dengan masalah trafik blog turun mendadak ni. Agak sukar untuk aku menerima keadaan macam ni sebenarnya. Dan setelah aku berusaha membetulkan macam-macam benda, sekarang aku dalam pertimbangan, samada nak tukar lagi template blog ceritaejoy ni. Dan aku juga “takut” kalau-kalau aku kena hadap lagi benda ni. Boleh baca post aku sebelum ni mengenai Jangan kerap tukar template blog kalau tak mahu ini terjadi.

Memang sangat-sangat menyedihkan bila tengok pageviews blog ceritaejoy tak sampai 1k pun 1 hari walaupun aku update 3-4 cerita baru 1 hari. Memang rasa kecewa sangat. Tension pun ada. Tapi apa nak buat kan? Benda dah jadi. Katanya, kesannya bila kerap tukar tu akan jadi sama macam kita baru-baru buat blog. Tengoklah trafik kita awal-awal dulu, nak dapat 500 sehari pun susahkan? Sebab tu aku rasa macam baru dilahirkan.

Nampaknya perjalanan untuk mendapatkan Pageviews blog 1,000,000 akan mengambil sedikit masa yang agak panjang. Yelah, aku mulanya target pertengahan tahun ni akan capai. Tapi memandangkan trafik blog ceritaejoy turun mendadak, jatuh tersembam di atas tanah, target yang aku letakkan tu kenalah ganjak sedikit. Aduh!

Kecewa tu memang kecewa. Memanglah kan, siapa yang tak rasa tension. Tengok trafik blog rendah je 1 hari. Semua tu beri kesan, lebih-lebih lagi pada income adsense. Baru nak rasa income minggu depan, tapi apa nak kata, semua pasti ada hikmahnya. Kita tunggu bulan depanlah nampaknya. Harapnya rezeki akan berganda waktu itu. insyaAllah.

Apa pun, aku berharap sangat agar semuanya akan kembali pulih dalam masa terdekat ini. Atau aku akan sekali lagi tukar template blog ceritaejoy ni. Samada guna template lama atau cari yang baru. Alang-alang kita rasa seperti baru dilahirkan, kita buat semuanya jadi baru dan mulakan langkah dengan pantas. insyaAllah.


loading...

2 ulasan:

  1. Ini dah letih moral ya tuan
    .
    Ada hikmah ni.
    .
    Yang penting kita ambil pelajaran & teruskan
    .
    Kalau terlalu mengingati kejayaan silam.
    .
    Peluang yang lalu depan mata pun boleh hilang
    .
    Sebab kita masih hidup dalam bayangan waktu.
    .
    Semoga blog tuan semakin maju selepas ini
    .
    BLog kami pun pernah hadapi tempoh masa yang sama
    .
    Trafik blog jatuh
    .
    Rasa tak ada semangat nak teruskan.
    .
    Alhamdulillah sekarang ni dah ada peningkatan
    .
    Makin naik kembali

    BalasPadam
  2. InsyaÁllah...tp nieyl hari² singgah sini baca tau...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com