Pasal seorang punya hal. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Pasal seorang punya hal.

Pasal seorang punya hal.

Pasal seorang punya hal | Aku ni memang tak suka sangat nak bercerita apa-apa mengenai pekerjaan aku dalam blog ceritaejoy ni. Sebabnya aku tahu, blog ceritaejoy ini dipantau oleh orang-orang tertentu! Oleh yang demikian, apa-apa perkongsian maklumat berkaitan rahsia syarikat adalah suatu benda yang akan menjerut leher aku sendiri sekaligus akan membuatkan aku sesak nafas dan terus kiok!

Aku tahu, terdapat beberapa orang blogger dalam kumpulan pekerja dekat sini. Dan secara jujurnya, aku tak mahu ambil tahu apa-apa mengenai mereka. Ada sebabnya kenapa aku memilih untuk menjauhkan diri daripada mencari dan bercampur dengan kumpulan blogger tu. Mungkin juga kerana perkara yang akan aku kongsikan sekejap lagi.

Tak payah cakap syarikat ni lah, mana-mana syarikat pun telah menetapkan bahawa, segala macam rahsia syarikat adalah tidak boleh sama sekali dikongsikan pada mana-mana laman sosial. Dah nama pun rahsia kan? Tak kan tak faham-faham lagi? Bukan budak-budak sekolah rendah yang baru daftar darjah satu, yang kita perlu terangkan pada diarang, apa itu rahsia.

Mungkin disebabkan blogger ni “excited” dengan apa yang baru dia nampak, dia terus lupa semua benda! Rasa seronok agaknya sebab dia di antara orang pertama yang nampak benda baru dalam malaysia ni sebelum orang lain. Dikongsinya keseronokan itu dalam blog dia.

Sangka dia, mungkin akan menerima pujian kerana berjaya tahu lebih awal daripada orang lain. Tetapi hakikatnya, bukan diri dia sahaja, tapi dah menyusahkan hampir kesemua pekerja dekat sini. Eh! Pasal seorang punya hal ek! Habis semua kena tanggung!

Aku sebenarnya tak kenal siapa blogger ni. Tapi berdasarkan maklumat kesalahan yang aku dengar, dia dah melakukan kesalahan dengan kongsikan rahsia syarikat dalam blog dia! Eh! Bila sebut blog, memanglah aku takut kan! Kenapalah dia tak kongsikan dalam facebook ke, Instagram ke, kan? Kenapa mesti blog?

Sekarang ni, segala macam benda yang boleh akses dengan laman sosial bakal disekat. Bayangkan kalaulah keluarga dekat rumah ada hal-hal kecemasan, macamana mereka nak hubungi kita? Nak telefon pejabat? Kita bukan selalu ada kat pejabat, nak buat macam mana? Pasal sorang punya hale k, habis semua kena tanggung.

Bermula dari sifat tak ingin tahu siapa yang buat ni, terus datang rasa kena ambil tahu. Aku nak juga tahu, apa blog dia. Nak tengok juga, apa yang dia kongsikan dalam blog dia tu. Dan macamana pihak atasan boleh jumpa dengan blog dia. Mungkin ada kata kunci yang dia gunakan, yang sememangnya akan bawa masuk ramai orang atasan masuk dalam blog dia. aduh! Pasrah betul.

Lepas ni nampaknya makin susahlah aku nak aktif dekat laman sosial. Pasal seorang punya hal ni. aduh! Tolonglah faham dengan perkataan RAHSIA tu. Lebih-lebih lagi RAHSIA SYARIKAT. Jangan jadi macam budak-budak kecil yang kita perlu terangkan setiap perkara pada mereka. Tolonglah fikir orang lain sama. Adoi.
loading...

4 ulasan:

  1. Sabar...insyaAllah ada hikmah pada setiap yang berlaku..amin...

    BalasPadam
  2. macam serius je.. hope everythin be fine,Insyaallah

    BalasPadam
  3. ada juga ex staff co saya buat camni. CEO pun dah tahu tapi taknak ambik tindakan.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com