Oppo A37 : Bateri tak tahan lama dan cepat panas macam nak meletop! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Oppo A37 : Bateri tak tahan lama dan cepat panas macam nak meletop!

Oppo A37 : Bateri tak tahan lama dan cepat panas macam nak meletop!

Oppo A37 : Bateri tak tahan lama dan cepat panas macam nak meletop! | Aku adalah pengguna baru handphone keluaran Oppo ni. Ceritaejoy sebenar, terjebak dengan member yang baru beli Oppo A37 ni. Bila tengok macam smart je kamera dia, aku dengan beberapa orang rakan lain terus la beli Oppo. Sebelum ni memang tak pernah guna pun handphone jenama ni. Banyak guna Samsung dengan sony je. Pengalaman pertama aku mengenai hanphone ini adalah Oppo A37 : Bateri tak tahan lama dan cepat panas macam nak meletop!

Aku tak pasti samada pengguna lain mengalami kesan yang sama atau tidak. Tapi aku kongsikan pengalaman aku dengan Oppo A37 ni. Apa yang aku boleh cakap, memang cepat panas! Aku rasa macam takut je nak pegang, sebab takut meletop! Kata orang, mesti aku banyak bukak application, sebab tu dia panas. Weh! Panas dia betul-betul panas tau! Bukan panas suam tu.

Aku tak rasa aku bukak banyak application. Sebab setiap kali aku nak off Oppo A37 ni, aku akan padam semua application yang aku dah bukak. Ala, facebook, Instagram dengan google. Google tu pun kadang-kadang. Banyak main facebook je. Tak kan cepat panas jugak kot? Lagi satu, ni yang berlaku pada aku beberapa hari lepas. Sebab tu aku tulis Oppo A37 : Bateri tak tahan lama dan cepat panas macam nak meletop!

Aku dah delete semua application yang aku guna. Aku yakin tentang tu. Nak dijadikan cerita, aku letak Oppo A37 ni bawah bantal. Bantal pun bukan berat mana kan? Masa tengah layan anak aku, tergerak hati nak tengok handphone, waktu aku pegang hanphone ni, dia punya panas! Memang aku rasa macam tunggu dia nak meletop je! Sungguh!

Eh! Letak bawah bantal je pun! Korang bayangkan dia punya panas macam nak meletop! Kalaulah aku terlupa aku letak handphone Oppo A37 ni bawah bantal dan terus tidur? Kemudian jadi benda yang bukan-bukan, korang rasa macamana? Tak ke masuk muka depan suratkabar cerita aku ni nanti? Menakutkan weh!

Sekarang ni, nak letak dalam kocek pun aku takut. Eh! Bukan takda cerita pasal handphone yang tiba-tiba meletup ni kan. Jangan kang aku jadi mangsa seterusnya pulak. Itu cerita pasal Oppo A37 ni yang cepat panas macam nak meletop tu. Ni lagi 1, bateri cepat habis. Aduh!

Ada 2-3 orang member aku yang guna oppo. Aku tanya diarang, bateri diarang cepat abis tak, diarang cakap tak. eh? Aku tanya lagi, korang bukak apa? Diarang cakap diarang bukak macam-macam jugak. Aku pelik. Aku bukak facebook, Instagram *tu pun sekejap sebab kuat makan data* lepas tu google *tu pun sebab nak copy link blog*, tapi bateri cepat abis. Eh! Apa ni?

Ke Oppo A37 aku ni ada masalah bateri? Sebab hampir kebanyakkan orang yang aku tanya, semua cakap bateri diarang ok. Eh! Pelik la pulak kan? Ke ada masalah bateri? Sebab tu jadi Bateri tak tahan lama dan cepat panas macam nak meletop ni. Tak boleh jadi ni kan? Sekarang aku tanya korang yang guna handphone oppo, ada tak masalah cepat panas ni?
loading...

7 ulasan:

  1. wah telefon baru! telefon aku pun camtu. tapi bila dia dah overheat, dia akan padam sendiri. safety measure untuk elakkan explosion, maybe. hehe

    BalasPadam
  2. Bbrapa buln lps masa nak beli phone baru, sy dah ttapkan nk beli phone oppo ni. Sblm beli tu sy dah tengoklah berpuluh2 review oppo neo 7 dan oppo a37 ni. Spesifikasi kedua2 phone oppo tu hmpir sama je cuma beza ram, color os dll. Oppo neo 7 ni phone yg dah lama sikit brbnding oppo a37 dgn slogan brighten your selfie tu.

    Masa nk prgi beli tu, duit x berapa nk cukup utk beli oppo a37 ni sbb tu phone yg agk baru dan dtwrkn dgn warna rose gold pulak tu. Awlnya mmg brkenan sgt phone tu. Akhirnya, sy beli oppo neo 7.

    Pd pggunaan sy selama kira2 3 bulan, phone sy oklah. Kalau main game je dia panas. Tapi panas suam je lah. Biasakan main game. X de plak pns cam nk meletup tu. Takut gak tu. Bhya. Bila bukak media sosial ok je, kdg2 x pns pun. Bila time charge, x pns jgk. X rasa apa2 pun. Cumanya 1 gb ram tu je yg selalu jd hang kjp. Phone sy tu 16 gb rom je.

    Rasanya kalau masih ada waranty, try pegi tny kat kdai phone tu.

    BalasPadam
  3. Masih ada tempoh warranty tak...kalau ada bawa ke kedai tersebut maklumkan masalah yang ada...bahaya juga kan...

    BalasPadam
  4. Saya pakai oppo Find7, so far okay la bateri dia, tapi dia pernah jadi juga jadi panas mcm nak letup masa charge, rupanya sebab saya pakai usb beli pasar malam maybe tak sesuai kot...

    BalasPadam
  5. xtahu nak cakap saya guna oppo jugak sebab gambar cantik ! tapi yang pasal panas and macam nak meletup tuu sometimes happened to me. Skarang tengah kumpul duit nak beli fon baru. huhuhu

    BalasPadam
  6. dulu pernah alami isu bateri panas n cpt habis dgn asus zenfone5. skrg guna vivo5. Alhamdulillah dah ok. sy follow sini. jemputlah ke blog sy plak. tq

    BalasPadam
  7. sy baru beli oppo A37,yg sy prasan bateri die mg cpt abis.tapi org kate sbb sy gune 4g tu cpt mkn bateri tp xtau la btol ke x.bab pns cm nk meletop tu xde la plak.tp cam oppo mg cantik hehe..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com