Muka artis tersohor digunakan dalam iklan ubat kuat? - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Muka artis tersohor digunakan dalam iklan ubat kuat?

Muka siti nurhaliza dalam ubat kuat

Muka artis tersohor digunakan dalam iklan ubat kuat? | Aduh! Agak memeranjatkan juga berita ni bilamana gambar penyanyi tersohor negara, Datuk siti nurhaliza dikatakan telah di salahgunakan penjual ubat kuat bagi melariskan produk mereka! Katanya iklan itu telah diiklankan di laman sosial Instagram. Teruknya lagi, pengiklan itu telah menyatakan bahawa, penyanyi itu dah suaminya adalah pengguna produk mereka. ha?

Eh! Bukan takat itu je, katanya promosi tu telah dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut yang dikatakan mati pucuk? Oii! Beraninya mereka? uii. Dan dah tentulah, apabila datuk siti tahu mengenai hal itu, dia terperanjat. Dan apa yang pasti, akan ada tindakan yang akan di ambil selepas ini.

Rasanya benda ni dah banyak sangat berlaku. Orang yang tak bertanggungjawab gunakan gambar orang tertentu untuk lariskan produk mereka. Dan benda tu dah terang-teranglah salah kan? Ada pulak, blogger yang buat perkara macam ni, hanya untuk dapatkan trafik. Apa-apa pun sentiasalah berhati-hati dengan apa yang kita buat ya! Takut nanti, 1 hari nanti, kita pula yang kena, ya!
loading...

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com