Mencari hotel di Melaka? Eco Tree Hotel mungkin pilihan terbaik. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Mencari hotel di Melaka? Eco Tree Hotel mungkin pilihan terbaik.

Eco Tree Hotel, Melaka review

Mencari hotel di Melaka? Eco Tree Hotel mungkin pilihan terbaik | Yang sebenarnya, aku dah lama perhatikan Eco Tree Hotel ni. Ceritaejoy macam ni, ada 1 masa tu, aku dengan wife nak cari dobi sebab nak keringkan baju. Dalam kepala aku waktu tu, aku Cuma ingat ada 1 dobi dekat Melaka raya. Jadinya kami pun pergilah sana. Sementara nak tunggu baju tu kering, aku lepaklah dekat luar memerhatikan keadaan sekeliling. Dan buat pertama kalinya aku perasaan, ada hotel yang wow! Pada mata aku dekat area situ. Cari punya cari, baru tahu, itulah Eco Tree Hotel Melaka.

Mata aku ni kan, kalau dah tangkap 1 benda tu, memang aku akan perhatikan setiap masa kalau aku ke sana. Biasalah, hujung minggu kalau bawa keluarga jalan-jalan bandar Melaka, kami akan guna jalan Melaka raya *sebab dari telok mas kan* so, mesti lalu dekat area Eco Tree Hotel ni. Jadi mata ni memang memandanglah. Tahu kenapa aku tertarik dengan hotel ni?

Jawapannya adalah, dia ada hiburan dekat rooftop! Hahaha. Aku memang suka nak lepak dekat rooftop ni. Dan ada beberapa hotel di Melaka ni yang ada hiburan dekat rooftop. Salah satunya Eco Tree la. Nampak “bercahaya” je dari bawah. Bila aku cari review mengenai hotel ni, ramai yang suka dengan konsep kolam renang hotel ni. Juga pada tingkat yang tertinggi, jom kita tengok gambar ni!


Eco Tree Hotel, Melaka review

Eco Tree Hotel, Melaka review

Lagi satu, yang menarik minat aku pada di antara hotel terbaik di Melaka ini adalah, bilik dia. aduh! Aku memang suka konsep rumah macam ni, serius! Tapi bila mengenangkan anak yang dah masuk 3 orang ni, rasanya memang dah tak sesuai dah! Tapi serius, aku memang suka konsep rumah macam ni, siap dulu, waktu bujang nak ada rumah macam ni.


Eco Tree Hotel, Melaka review

Eco Tree Hotel, Melaka review

Eco Tree Hotel, Melaka review

Tapi, ehh! Jangan tak tahu ya! Aku masih menyimpan hasrat nak ada sebuah penthouse! Eh! Selera tinggi? Masing-masing punya minat kan? Aku memang suka view dari tempat tinggi *dan sebab tu aku beli rumah atas bukit* dan kalau boleh dan ada rezeki, aku nak sebuah rumah dengan pemandangan bandar. Ahha! Rasa tenang je. Lagi pulak view dia tu KLCC. Eh? Hahaha.

Oklah! Rasanya cukuplah ceritaejoy ni. Yang sebenarnya saja je nak kongsikan pasal hotel ni dengan korang. Tunggulah nanti, jika aku berpeluang menginap di Eco Tree Hotel, Melaka ni. Aku kongsikan pula review aku mengenai hotel ni. Buat masa sekarang, kita layan gambar sumber dari google dulu ya! hehehe.

loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com