Kotak komen dekat blogspot versi mobile hilang/tak keluar - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kotak komen dekat blogspot versi mobile hilang/tak keluar

Kotak komen dekat blogspot versi mobile hilang/tak keluar

Kotak komen dekat blogspot versi mobile hilang/tak keluar | Mungkin tak semua blogger yang perasan benda ni. Sehinggalah ada rakan yang beritahu yang kotak komen dekat blog versi mobile takda/tak keluar. Aku dulunya pun tak perasan juga. Sebab biasa tengok blog ceritaejoy guna desktop. Sehinggalah diberitahu seorang rakan ni. Patutlah rasa macam tak banyak komen je. Hehehe. Tapi takpe, harini aku nak kongsikan dengan korang cara nak selesaikan masalah ni.

Cara check kotak komen versi mobile.


Sebelum nak buat ni, kenalah tengok dulu. Kotak komen versi mobile tu ada ke tidak. Kalau dah ada, tak perlulah nak buat lagi kan? adeh! Macam aku, aku baru je check tadi, dan ternyata, kotak komen tu takda! Mungkin sebab Blog ceritaejoy ni kerap tukar template, itu yang jadikan kotak komen tu hilang. Mungkin ya. Mungkin ada kebarangkalian lain.



Orait. Cara nak check tu mudah je. Korang login blog korang kemudian click template dekat sebelah kiri tu. Nampak kan? Kemudian pergi pada bahagian mobile. Klik kotak gear dekat bawah tu dan klik Preview. Jelas setakat itu?

Baik. Bila dah klik, akan ada paparan kecil merujuk kepada paparan mobile. Langkah seterusnya adalah scroll sampai bawah dan cuba lihat ada atau tidak kotak komen tu. Kalau ada baguslah, Kalau tiada, takpe. Jangan runsing, jangan risau, ini ad acara untuk selesaikan Kotak komen dekat blogspot hilang/tak keluar ni.

Ok. Bila dah tahu, kotak komen versi mobile kita hilang/tiada, barulah korang boleh guna cara ni. Caranya cukup mudah tuan-tuan dan puan-puan semua. Langkah pertama adalah, bukak bahagian template blog dan klik pada bahagian Edit HTML.

Dengan menggunakan kekunci Ctrl+f, cari code ini : </style> atau ]]></b:skin>.

Orait. Lepas dah jumpa, sila masukkan code di bawah ini betul-betul pada bahagian atas. Sekali lagi, bahagian atas code tadi.
.blogger-iframe-colorize {display: block !important; }

Langkah seterusnya adalah save dan lihat kembali samada kotak komen tersebut ada atau tidak. Cara nak check sama macam langkah dekat atas tu ya!

Taraa! Dah siap! Mudah kan cara nak selesaikan Kotak komen dekat blogspot hilang/tak keluar ni. Kan dah cakap tadi, tak susah mana pun. Hehehe. Selamat mencuba ya!
loading...

8 ulasan:

  1. terima kasih abang ejoy atas perkongsian...

    https://belogsjm.blogspot.my/2017/01/tak-ada-kotak-komen-view-via-mobile.html

    BalasPadam
  2. Alahai banyak pula pakai code html.. ni yang saya lemah ni.. apa2 pun terima kasih sebab kongsi.. saya cuba buat k :)

    BalasPadam
  3. thanks for info..jom follow my blog robiahtul.blogspot.com

    BalasPadam
  4. jarang blogwalking guna phone.. sbb saya rasa versi desktop lebih mudah

    BalasPadam
  5. before this pakai template yang sama dengan ni juga. komen dengan pages tak keluar. lagi satu cara penyelesaiannya buka template > mobile > tick No. Show desktop template on mobile devices.

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian ilmu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com