Jangan malu berkulit gelap - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Jangan malu berkulit gelap

gambar Princess Lolita

Jangan malu berkulit gelap | Maaf cakap la ye, ada sebenarnya orang kita yang kurang berkeyakinan dengan diri mereka terutamanya dari segi warna kulit. Itu yang berbotol-botol produk pemutihan kulit mereka ambil. Bab putihkan kulit tu aku tak mahu sentuh la ya. itu hak masing-masing, Cuma aku nak kongsikan sebuah cerita luar negara, bagaimana seorang gadis yang berkulit gelap, betul gelap! Berjaya menarik perhatian dunia!

Kalau tengok dari segi rupa dia, yelah mungkin ada orang cakap, dia memang ada pakej. Walaupun berkulit gelap, rupa paras dan anak mata dia cantik. Itu tak aku nafikan. Tapi, tapi, kita manusia ni, memang dah diciptakan dengan kelebihan masing-masing. Rupa paras kita ni dah cukup elok dah. Bukan saja-saja je Allah jadikan rupa paras kita macam tu, ada sebabnya, ok?

Orait. Berbalik semula dengan cerita gadis berkulit gelap yang tiba-tiba menjadi terkenal ni. Nama dia adalah Princess Lolita. Cari je dekat Instagram, mesti jumpa. Berasal dari selatan sudan, berkulit gelap tetapi cantik, bersih, tanpa cela, kemas, apa lagi? Lawa. Ha, semualah.

gambar Princess Lolita

gambar Princess Lolita

Lolita ni mula terkenal lepas dia rajin muatnaik gambar dia kat Instagram. Orang cakap muka dia ni ada iras-iras patung Barbie. Yelah, aku yang baru pertama kali tengok pun dah boleh nampak “keayuan” yang ada pada wajah si Lolita ni.

Lolita ni, sekali dia muatnaik gambar dia, mesti akan dapat puluhan ribu komen dan buat masa sekarang, dia dah ada 176 ribu pengikut! Aduh! Boleh tahan ramai juga tu! Aku ni, nak dapatkan 1k followers pun susah. Hmm, ada yang nak follow Instagram aku? Boleh follow di @ceritaejoy. Hehehhe.

Tak banyak sebenarnya info mengenai Princess Lolita ni. Tapi ada yang cakap, dia dah jadi model dekat negara dia. aduhai! Muka cantik haruslah jadi model kan? Jadinya, korang yang ada paras rupa tu, apa kata mula rajin muatnaik gambar korang dekat Instagram. Mana tahu berpeluang jadi model ke 1 hari nanti, kan? hehehehe.
loading...

6 ulasan:

  1. berkulit gelap tak apa , jangan perangai gelap n hati gelap tu orang tak nak

    BalasPadam
  2. lawa lolita ni. pape pun bersyukur je la dengan ciptaan Nya

    BalasPadam
  3. saya terus cari kat instagram haha!!

    BalasPadam
  4. cantik kan lolita ni, sebijik macam patung :)

    BalasPadam
  5. cantik juga lolita ni. bersyukurlah seadanya

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com