Jalan-jalan ke Geneva, Switzerland - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Jalan-jalan ke Geneva, Switzerland

Jalan-jalan ke Geneva, Switzerland


Jalan-jalan ke Geneva, Switzerland | Jika disebut negara ini pada rakan-rakan pengembara, kebanyakkan daripada mereka pasti tersenyum. Ini adalah kerana, Switzerland diantara negara yang menjadi idaman ramai orang dek kerana keindahan alam semulajadinya. Aku sendiri ada memasang impian untuk sampai ke sini bersama keluarga tercinta. Semoga tercapai hendaknya impianku ini. Baiklah, hari ini, apa kata kita tengok-tengok dulu, apa yang ada di Geneva, Switzerland!

Sebelum tu, jom kita ambil tahu mengenai lokasi ini terlebih dahulu. Geneva adalah sebuah bandar di Switzerland yang terletak di hujung selatan Lac Léman (Lake Geneva). Dikelilingi oleh Alps dan Jura mountains, bandar ini mempunyai pemandangan dramatik Mont Blanc! Geneva adalah bandar kedua paling ramai penduduk di negara ini. Dan bandar yang paling ramai penduduk yang berbahasa Perancis!

Masa terbaik untuk melawat Geneva


Masa terbaik untuk melawat Geneva


Sebelum tu, semasa ingin membuat perancangan untuk sampai ke Geneva ni, kena tahu juga waktu yang sesuai. Masa terbaik untuk melawat Geneva adalah pada musim panas iaitu diantara Jun-ogos, cuaca di sana ketika itu adalah sederhana dan berangin. Kena la juga tahu, waktu ini, Geneva sememangnya sangat sesak dengan pelancong!

Cuba rancang percutian korang ketika 2 perayaan utama ni, Lake Parade (Julai) dan Fêtes de Genève (Ogos).

Tapi kalau nak berjimat, apa kata korang datang pada musim sejuk diantara September-november.  Suhu akan turun diantara 10 hingga 12 darjah Celcius. Waktu ni, sememangnya tidak ramai yang melancong kesana dan sudah tentu, harga penginapan dan aktiviti disana akan menjadi sedikit murah!

Kalau korang memilih untuk melawat Geneva pada Disember hingga april, kenalah korang tahu, pada waktu ini gunung-gunung disana akan diselimuti salji dan pemandangan itu sememangnya tersangat indah! Waktu ini, Geneva akan dipenuhi dengan peminat ski dan peminat-peminat aktiviti pengembaraan. Jadi, sila pastikan korang tempah hotel paling kurang 3 bulan awal. Dan kenalah tahu, kalau orang ramai ni, semua benda jadi mahal!

Perkara terbaik yang boleh dilakukan jika berkunjung ke Geneva.


Bila dah sampai sini, kenalah tahu antara perkara menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan, betul tak? Ini supaya, percutian kita akan menjadi percutian yang penuh bermakna. Orait! Apakah yang boleh kita lakukan apabila sampai ke Geneva, Switzerland.

Lake Geneva.

Kalau sampai sini, macam tak lengkap kalau tak singgah ke tasik ni. Sebabnya, ni salah satu daripada lokasi percutian paling popular kat Geneva. Banyak sebenarnya tarikan dekat sepanjang sisir Lake Geneva. Atau mungkin korang nak  lawatan yang lebih santai? Bolehlah ke Yverdon-les-Bains (beberapa batu ke utara Lausanne, selatan Neuchâtel Lake), yang merupakan rumah kepada beberapa pantai dan beberapa “thermal baths”.

Kalau korang minat sejarah, korang boleh ke Montreux. Kat sini ada Chillon Castle! Istana ni dibuka untuk orang ramai. Chillon adalah antara istana yang paling dikunjungi di Switzerland dan Eropah. Ia juga dikenali sebagai inspirasi di sebalik istana dalam The Little Mermaid!

Reformation Wall (Mur de la Reformation).

Apa nak buat dekat sini? Berdiri tegak di tengah-tengah Vieille Ville di tepi Parc des Bastions, dan tengok dinding ni. hehehe. Ia sebenarnya di buat untuk memperingati reformasi untuk menubuhkan Protestantisme. Patung Guillaume Farel, Jean Calvin, Théodore de Bèze dan John Knox - semua daripada mereka adalah pemimpin utama Reformasi di Geneva.

St- Pierre Cathedral (Cathedrale de St-Pierre).

Ia adalah sebuah gereja yang digambarkan sebagai mash-up of Roman, Gothic dan Neoclassic stylistic elements. Gereja ini digunakan semasa reformasi untuk menubuhkan Protestantisme tu. Ruangan dalaman St- Pierre Cathedral (Cathedrale de St-Pierre) dipenuhi dengan mozek abad ke-4, tiang abad ke-12 dan lukisan dinding abad ke-15 yang menjadi sesuatu yang sangat berharga kepada pencintanya.

Palais des Nations.

Palais des Nations telah dibina pada akhir tahun 1920-an dan kini menjadi pejabat Bangsa-bangsa bersatu eropah dan merupakan pusat terbesar di dunia untuk diplomasi pelbagai budaya. Kalau datang sini, korang kena ikut guided tour kalau nak masuk ke dalam. Kat dalam tu, bolehlah tengok Assembly Hall (suasana macamana UN General Assembly tu) dan juga Council Chamber, rumah kepada Conference on Disarmament.

Kena ingat ni ya, kalau sampai ke Palais des Nations ni, kawalan keselamatan dekat sini memang strict! Kita kena tunjukkan pengenalan kita sebelum boleh meneruskan lawatan.

International Red Cross and Red Crescent Museum.

Kalau korang minat sejarah, apa kata datang ke sini. Ditubuhkan pada abad ke-19 dan telah berkhidmat pembekal bantuan neutral selama lebih satu abad! Disini juga, kita boleh belajar mengenai Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ketika dalam kedua-dua Perang Dunia, perang saudara di Afrika dan krisis Timur Tengah.

Patek Philippe Museum.

Diantara perkara yang membuatkan switzerland terkenal adalah watch-making dan enameling. Korang mesti tahu jenama ni kan? Ok, Terdapat dua pameran di sini:

  • koleksi Antiques dengan pelbagai jenis jam tangan sejak abad ke-16;
  • Koleksi daripada Patek Philippe yang dibuat oleh syarikat Patek Philippe.

Dan walaupun korang hanya “dihiasi” dengan pemandangan jam tangan sahaja dekat dalam tu, percayalah, sedar dan tak sedar, korang akan dengan mudahnya, akan kehilangan banyak masa dekat dalam tu.

Hotel terbaik di Geneva.

Ok. Senarai ni aku ambil daripada website antarabangsa. Mungkin ada rakan-rakan yang pernah sampai ke sana dan ada cadangan mengenai hotel terbaik di Geneva bolehlah kongsikan dalam ruangan komen di bawah ya.

Four Seasons Hotel des Bergues Geneva.


Katanya hotel ini dah mula “bertapak” di Geneva sejak tahun 1834. The Four Seasons Hotel des Bergues terletak di sepanjang Tasik Geneva, memberikan korang pemandangan menyeluruh pemandangan kota dan air. Terdapat lebih kurang 115 bilik dan suite di sini. Dan macam biasalah, ada akses internet percuma dan kelengkapan lain. Ada 2 restoran di sini, 1 adalah restoran makanan itali dan 1 lagi restoran jepun.



Jangan keliru dengan hotel dengan nama yang sama di Copenhagen, Hotel d'Angleterre hanya memiliki 45 bilik dan suite. Hotel ini digayakan dengan hiasan klasik dan karya seni asli. Kemudahan dalam bilik termasuk televisyen dan bar mini percuma ,Wi-Fi, dan ditambah dengan sentuhan tambahan seperti coklat buatan sendiri dan buah-buahan segar. Hotel ini dihiasi dengan mountains framing Lake Geneva!


Beau-Rivage Genève.

Kalau korang checkin dekat hotel ni, cuba mintak bilik yang menghadap tasik sebab kebanyakan pengunjung yang datang sini mesti akan buat macam tu. The Beau-Rivage Genève menyajikan masakan kontemporari Perancis di Le Chat-Botté dan makanan Thai di Patara.

Oklah! Rasanya cukup setakat itu perkongsian aku mengenai Jalan-jalan ke Geneva, Switzerland ni. Banyak sebenarnya lagi lokasi dan aktiviti menarik yang boleh kita buat dekat sana. Dan bacaan sememangnya tidak boleh dibandingkan dengan pengalaman sebenar. Oleh yang demikian, apa kata kita sama-sama kumpul duit dan bercuti di sana. Aku doakan korang agar 1 hari nanti akan sampai juga kesana, ok.. J
loading...

3 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com