Impikan percutian di Hanging Gardens of Bali! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Impikan percutian di Hanging Gardens of Bali!

Hanging Gardens Of Bali Review

Impikan percutian di Hanging Gardens of Bali! | Bali, Indonesia. Di antara lokasi yang termasuk di dalam senarai lokasi idaman aku. Boleh kata juga, kalau ada rezeki lebih tahun ni, nak juga bawa keluarga bercuti ke sana dan batalkan percutian ke Langkawi. Hehe. Ok. Dalam pada aku mencari cerita mengenai pengalaman melancong ke bali, aku terjumpa 1 lokasi yang sangat cantik ni, apa lagi kalau bukan Hanging Gardens of Bali!

Sesuatu yang menarik mengenai bali Indonesia adalah konsep rekaannya, tidak kiralah daripada rumah, resort mahupun hotel, semuanya pada mata aku tersangat indah. Termasuklah lokasi percutian ini, yang sangat aku impikan! Melihat pada perkongsian gambarnya sahaja dah buat kita nak bercuti ke sana kan? hehe.

Hanging Gardens Of Bali Review.


Di bina menghadap sungai ayung, Hanging Gardens of Bali menawarkan percutian villa dengan kolam renang bersaiz infiniti! Boleh berenang dengan puas dekat situ! Aku memang sangat suka dengan mana-mana percutian yang menawarkan kolam renang yang besar ni. Bak kata kawan aku, ini baru percutian! Eh! Hahaha.


Hanging Gardens Of Bali Review

Hanging Gardens Of Bali Review


Menawarkan hiasan traditional bali dengan konsep binaan villa yang luas! Dan seperti biasa, dilengkapi juga dengan kelengkapan lain seperti TV dan macam-macam lagi. Ada orang cakap, ala, biasalah tempat bercuti, memanglah ada TV semua! Eh, jangan tak tahu ya! Ada lokasi percutian yang tidak menyediakan benda ni. Silap-silap Wifi pun takda! Kalau korang jenis yang tak boleh hidup tanpa benda ni, sila ambil tahu kelengkapan lokasi percutian korang tu ya!

Ok! Apa lagi info mengenai Hanging Gardens of Bali ni? Dekat sini ada disediakan perkhidmatan spa. Bestnya dapat urutan sambil muzik bali kedengaran. Boleh terus tidur dekat situ! Hahaha. Kemudian, restoran di sana ada menyediakan pilihan hidangan Asia, Mediterranean dan Perancis! Ok, ini sangat menarik! Terletak 30 minit dari pusat bandar Ubud dan 90 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

Pakej honeymoon ke bali.


Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan mencari pakej honeymoon ke bali tu apa kata pilih Hanging Gardens of Bali ni sebagai lokasi honeymoon korang. Eh! Apa salahnya abadikan percutian indah tu dekat tempat secantik ni. Aku yang dah bersusun anak ni pun kadang-kadang tu terasa nak ambil percutian honeymoon ni. eh? Boleh ke? Hahahaha.


Hanging Gardens Of Bali Review

Korang tahu mana-mana pakej percutian ke bali 2017 yang terbaik?

Oklah. Hanging Gardens of Bali kini ada menawarkan Promo bagi mereka yang merancang percutian di sana. Peluang macam ni tak selalu dapatkan? Lagi pulak, peluang bercuti di resort 5 bintang antara yang terbaik di Bali, Indonesia. Ahha! tunggu apa lagi, kalau korang mahukan promo ini, lansung aja ke Hanging Gardens Of Bali Promo Code sekarang! hehehe. J

loading...

2 ulasan:

  1. Wow, mema lawa view hanging garden of Bali ya.
    .
    Satu perkara yang bermain di fikiran, Senang ke nak cari makanan halal kat Bali ya?
    .
    Setahu Maznee kat sana majoriti penduduknya beragama bukan islam.
    .

    BalasPadam
  2. kalau baca pengalaman rakan yang dah sampai ke sana, kena pandai cari makanan halal. memang di bali penduduknya ramai beragama hindu tapi makanan halal itu masih ada. kena pandai cari.:)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com