Cara paling mudah mengatasi masalah Error 404 pada blogspot. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Cara paling mudah mengatasi masalah Error 404 pada blogspot.

Cara paling mudah mengatasi masalah Error 404 pada blogspot

Cara paling mudah mengatasi masalah Error 404 pada blogspot | Biasa tak korang jumpa masalah Error 404 ni pada blog? Error 404 ni atau broken link akan terjadi kalau pembaca tidak dapat mencari apa yang mereka inginkan dalam blog kita. Ianya mungkin kerana kita dah padam post tu atau pembaca tersalah menggunakan url. Jadi hari ini aku nak kongsikan cara paling mudah untuk selesai masalah error 404 pada blogspot.

Terkadang tu memang kita tak perasaan, kadang aku sendiri pun tersalah guna url, sebagai contoh:

Url yang sebetulnya adalah : 


Tapi aku tersalah tekan/terpadam 1 huruf. Sebagai contoh : 


Aku terpadam huruf “L” dekat belakang tu,maka akan terjadilah Error 404 ni pada blog korang. Kalau korang tak  percaya, korang boleh cuba sekarang. hehe.

Ok. Dah cuba? Jadi tak? hehe. Baik. Macam yang aku ada ceritakan dalam post aku *korang boleh tekan link dekat atas tu, tapi yang betul ya! Bukan yang salah tau* robot yang nak masuk dalam blog kita ni, dia tak suka dengan masalah error 404 ni, dan ini akan beri kesan juga pada trafik blog korang. Di mana pembaca akan berlalu pergi macam tu je sebab apa yang mereka nak, tak ada dalam blog kita.

Macam mana nak tahu blog kita ada masalah Error 404 ni?


Ok. Macam mana nak tahu yang blog kita ni ada masalah error 404 ni? Bukan ada beritahu dekat mana-mana laman blog kita tu kan? ahha! Dekat sini pentingnya google webmaster tools. Caranya cukup mudah. Tapi kenalah pastikan korang ada akaun ni ya! cara nak buat pun senang je. Orait, cara nak tahu adalah:

1) Buka google webmaster  tools.

2) Kemudian click pada crawl à crawl Errors.

Kemudian boleh nampak bahagian desktop dengan smartphone kan? Kemudian ada server error dan not found dekat situ. Ha,click not found. Dan disitulah ada pemberitahuan samada blog kita ni ada error 404 atau tidak.

Apa kesan pada blog kalau tak selesaikan masalah error 404 ni?


Eh! Takda apa-apa lah. Dia saja-saja je buat macam tu. Hahahha. Eh! Bukan! Error 404 ni tak bagus pada blog! Benda ni akan beri kesan pada “kesihatan” blog kita, beri masalah pada robot yang nak masuk blog kita, juga beri kesan pada trafik blog!! Argh!!! Dan macam-macam lagi masalah! Huh! Nampak tak kesan dia? Dan benda yang paling tidak seronok adalah, bila pembaca angkat kaki. Sebab apa yang mereka nak, takda dalam blog kita. sedih!

Cara paling mudah mengatasi masalah Error 404 pada blogspot.


Nah! Setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya! Ada 2 cara yang aku tahu untuk selesaikan masalah error 404 ni. Satu adalah dengan menggunakan google webmaster itu sendiri dan keduanya adalah dengan menggunakan script pada blogspot. Mana lagi mudah? Jawapan aku adalah, cara yang kedua. Sebabnya copy dan masukkan sahaja dalam blog.

Tapi aku buat kedua-duanya sekali. Sebabnya nak lebih menyakinkan kata orang. Tapi kena fahamlah. Cara manual ni ada penat sikit lah. Kadang error ni bukan sikit akak-akak, abang-abang semua. Error pada blog ceritaejoy je ada 62. Itu kita sikitlah. Ada orang 300 lebih! Kalau ada yang lebih banyak daripada tu? Tak ke penat jari dan mata beliau nak buat satu-satu? Kan?

Ok. Harini tuan-tuan dan puan-puan cukup bertuah. Kerana hari ini saya akan kongsikan ilmu secara percuma kepada anda semua. Tak perlulah keluarkan wang ringgit untuk ilmu ini. Cukuplah sekadar mendoakan saya agar punya banyak idea agar dapat kongsikan lebih banyak benda yang memberi manfaat pada semua, insyaAllah. amin.

Baik! Dah bersedia nak tahu cara yang paling untuk untuk selesaikan masalah error 404 ni? Ayuh! Kita ke medan perjuangan sekarang!

1) Langkah pertama yang korang perlu buat adalah login blogspot korang.

2) Kemudian, click pada bahagian settings à search preferences à Errors and redirections à custom page not found.

3) Kemudian klik pada script di bawah dan pastekan dalam kotak tu.

<script type="text/JavaScript">
location.replace('http://www.ceritaejoy.com/');
</script>
<a href='http://www.ceritaejoy.com'>Home</a>

Ubah tulisan yang berwarna merah tu. Letakkan link blog korang ya. Kemudian save. Langkah seterusnya adalah, eh! Mana ada langkah lagi, dah siap dah. Hehe. Ok. Sekarang, cuba uji blog korang dengan gunakan url yang salah seperti yang aku beritahu pada awal tadi. Dia akan bawa korang pada halaman hadapan blog korang. Maka selesaikan masalah error 404 ini pada blog kita. alhamdulilah. Orait! Cukuplah setakat ini ya! Semoga ilmu ini memberi manfaat pada semua ya!

loading...

3 ulasan:

  1. wah!ilmu yg sgt berguna nie...
    terbaik la...tq share ya..

    BalasPadam
  2. Wah thanks yaaa !! Memang tgh fkir cmne nak solve masalah ni hehe

    BalasPadam
  3. bagus dapat ilmu ni. thanks sharing ya

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com