7 Cara blogger nak dapatkan job review dan sponsor travel. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

7 Cara blogger nak dapatkan job review dan sponsor travel.


7 Cara blogger nak dapatkan job review dan sponsor travel | Alkisahnya, aku terbaca 1 post daripada seorang rakan blogger malaysia, Afzalsukasuki dekat FB dia yang berkongsikan macamana Cara blogger nak dapatkan job review dan sponsor travel. Benda ni memang jadi impian semua blogger kan? dapat job review samada berbayar ataupun sponsor produk dan yang lebih menarik lagi adalah dapat sponsor travel! Pergi bercuti dalam dan luar negara, semuanya percuma! Sapa taknak kan? Haruslah ianya menjadi impian semua orang.

Tapi bercakap tak semudah apa yang kita impikan tu. Bukan mudah sebenarnya. Tapi bila kita tengok-tengok balik, banyak sebenarnya blogger yang dapat job review ni. Tak henti-henti. Ada je produk review dekat blog diarang. Persoalan sekarang, macamana Cara blogger nak dapatkan job review dan sponsor travel ni?

Eh! Kalau ikutkan aku pun nak benda ni. Dapat barang percuma. Kita pakai dan cerita pengalaman dekat blog kita. Kalau aku, cerita dekat blog ceritaejoy la kan. Kalau korang nak aku menulis dekat blog korang pun boleh. Tak perlu bayar apa-apa pun. Tapi adalah syaratnya. Kang kalau tak cakap ada syarat, ada yang suruh aku tulis macam-macam dan akhirnya blog sendiri terabai. Pasrah!

Orait! Cukup mukadimah aku. Sekarang jom kita tengok bagaimana Cara blogger nak dapatkan job review dan sponsor travel.

#1. Bina blog yang berkualiti.

Kalau takda blog, macamana nak dapat job kan? adeh! Kemudian, dah ada blog, kenalah pastikan blog itu ada kualiti. Kalau dulu aku ingat blog yang berkualiti tu maksudnya blog yang tulisannya pun mengikut kamus. Tak aku nafikan, blog semacam ini memang hebat. Tapi ada je blog yang tulis tidak mengikut kamus tapi dapat job tak henti-henti. Ha.

Kualiti bermaksud, penulisan kita tu sedap di baca. Nak tulis pendek-pendek takda masalah tapi jangan guna perkataan yang orang kena fikir banyak kali baru faham. Penulisan santai adalah lebih bagus di dalam menarik pembaca ke blog kita.

Bila ada pembaca yang ramai datang ke blog kita, secara automatiknya, pengiklan akan berminat dengan blog kita dan akan beri produk untuk kita tulis. Ahha! Faham kan?

#2. Keluar duit dulu.

Ini penting. Sebelum nak dapat yang percuma, kenalah keluarkan duit dulu. Kan? Contoh nak review produk, korang kenalah beli apa-apa produk, cuba dan cerita pengalaman korang. Daripada situ, orang akan nampak kebolehan korang di dalam mempromosikan produk, barulah datang minat pengiklan nak menggunakan khidmat korang untuk iklankan produk mereka. Macam gitu.

Kena buat dulu, janganlah tiba-tiba je nak semua percuma ya. Ini kalau tanya top-top blogger, memang mereka akan cakap benda yang sama la. Keluarkan duit dulu. Hehehe.

#3. Bina hubungan sesama blogger.

Hubungan yang aku maksudkan tu bukanlah hubungan cinta atau apa-apa. Tapi cari kawan-kawan blogger seramai mungkin. Daripada situ, kalau-kalau ada job yang kita tak tahu, tapi rakan lain tahu, mereka akan “tag” nama kita kat laman sosial. Dan secara automatiknya, kita akan dapat job. Ha!

Tapi janganlah berkawan sebab nak dapat job je. Itu perkara jatuh no last sekali. Berkawan sebab nak tambah ilmu mengenai blog atau kenal blog rakan-rakan lain. Daripada situ, kita boleh tengok macamana mereka ni tulis.

Bukan suruh tiru ya, tapi ambil contoh sahaja.

#4. Join group blogger di facebook.

Ini aku selalu buat sebenarnya. Masuk dalam group-group blogger. Dekat situ, ada banyak iklan yang ingin menggunakan blogger. Dan ini di antara Cara blogger nak dapatkan job review dan sponsor travel. Tak percaya, cuba masuk group blogger dan tengok post yang berkaitan dengan review ni. komennya pasti dalam ratus-ratus. Ha.

#5. Join group blogger.

Sama macam dekat atas juga, tapi ini group blogger. Setakat yang aku tahu, group blogger paling besar setakat ini dekat malaysia adalah group KBBA. Aktif pun aktif. Dan kebiasaannya, pengiklan lebih berminat group-group macam ni. Dan jika korang ahlinya, peluang untuk dapat job juga mudah. Tapi macam yang aku ada cakap tadi, niat tu kalau masuk group, janganlah sebab nak dapat job je. Niat kena betul kawan.

Masuk group sebab nak belajar pasal blog, kenal kawan-kawan baru, dan rezeki job itu akan datang dengan sendirinya. Ok?

*Hmm, teringat kisah aku ditendang macam tu je, keluar daripada 1 group ini hanya kerana keengganan aku untuk selfie. Ish! Sadis sungguh! Hmm,Takpalah”

#6. Cara blogger nak dapatkan Job travel.

Adeh! Sama la halnya dengan perkara #2 tu. Keluarkan duit dulu. Kemudian tulis dekat blog. Kita kena yakinkan pengiklan yang adalah sangat berbaloi untuk mengambil kita untuk menulis mengenai tempat mereka. Kalau pengiklan percaya, eh! Pergi jepun percuma pun takda masalah. Hehehehe.

#7. Tak payah fikir Cara blogger nak dapatkan job review dan sponsor travel.

Dan akhir sekali, tak payah fikirlah pasal benda ni. Kita buat blog untuk apa sebenarnya? Kalau kerana wang, memang susahlah duit tu nak datang. Tapi kalau kerana kita nak kongsikan ilmu dan membantu orang lain, dengan tidak semena-mena, duit itu akan datang dengan sendirinya tanpa korang sangka! Eh! Betul lah. Inilah yang dinamakan cinta rezeki. Ha! Kena percaya dengan rezeki kawan. Hehehe.

Oklah. Cukuplah tu 7 tips mengenai cara yang kebanyakkan blogger guna untuk dapatkan job review dan sponsor travel. Harap kita sama-sama fahamlah ye. Kalau ada yang terasa atau ada ayat-ayat aku ni menguris hati sesiapa, aku minta maaf la ye. Aku doakan rezeki korang akan semakin luas dengan dunia blog ini. amin.
loading...

29 ulasan:

  1. Perkongsian yang bagus.. ohsem dan bermanfaat..

    BalasPadam
  2. Yeahhh.. terbaikk artikel ni.. Thankz share.. :)

    BalasPadam
  3. Tq berkongsi tip dan ilmu... tapi macam mana nak join group tu x tau mcm mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah je. cari group blogger di fb. banyak sebenarnya group blogger yang share job. ha..

      Padam
  4. kena get along dgn blogger yg otai tapi kena keluarkan duit sendiri tu mmg betul! :)




    jom join 1st giveaway MG kat blog baru!
    http://perempuanrongak.blogspot.my/2017/01/1st-giveaway-nak-bagi-shampoo-santan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. kena rajin komen dekat status fb dengan blog otai. sehari sekali pun ok. :)

      Padam
  5. Hah. Setuju2. Fokus menulis sebab nak share dengan orang ramai dengan seikhlas hati. InshaAllah nanti adalah mata2 yang tertarik dgn tulisan kita and sudi nak suruh kita review produk/travel. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. yang sebenarnya, tak perlu fikir pun pasal job tu, kena fikir sebab apa kita menulis, kemudian, job itu akan datang dengan sendirinya..:)

      Padam
  6. Terima kasih sudi berkongsi tips yang bermanfaat ini

    BalasPadam
  7. tip perkongsian yang bagus...terima kasih sebb share...

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. kan..kena tengok niat sebenarnya. niat yang penting..

      Padam
  9. Terbaik lah sharing...thanks ya..baru tau..tapi saya menulis blog ni suka2 Saja...sebab nak buat kan sebagai dairi kehidupan..bolehla anak2 cucu akan datang melihat aktiviti ini,nenek moyang mereka nanti..ceeewahhh..hehehe sudila singgah blog Kita yg xseberapa ini ya.. www.zuhaiza.blogspot.my moga rezeki tuan tanah makin berganda2 atas sharing ikhlas ini��

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok. kita sama..supaya anak cucu tengok blog atok dia ni. hehehe

      Padam
  10. Terima kasih sharing. 😘😘

    BalasPadam
  11. Semoga kita semua dapat byk job thn nie... Good luck korang...

    BalasPadam
  12. hihi..good luck bro...aku pun mula2 kuar duit sendiri update pasal travel..lama2 alhamdulillah rezeki dtg sponsor travel....bukn sekadar sponsor kdg2 tp ada yg di byr utk kita gi travel...dah la travel free di beri elaun pula...Satu lagi tip boleh mula approached company besar2 utk sponsor travel tp kena ada blog dan follower yg kukuh dulu lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas perkongsian ini tuan faizal. owner blog travel hebat ni. hehehe..:)

      Padam
  13. semua group blogger wajib kena selfie.. masuk group KBBA benda pertama kena buat ialah selfie. kalau tak selfie cmne nak kenal ye tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. cumanya, tak semua orang mampu untuk bersama group 24jam. kiranya beri semua commitment pada group. saya sendiri. kadang tu bila sampai rumah, handphone terus letak tepi dan melayan anak-anak sehinggalah mereka tidur. ada masanya saya bertahan, ada masanya saya pun tertidur sama mungkin kerana keletihan kerja. keesokan harinya, pergi kerja, settle kan semua kerja, ada masa sikit2, barulah melayan handphone. waktu tu, jumlah msg yang perlu di baca mungkin dah cecah 5k. tak semua orang akan baca termasuklah saya. jadi delete jelah kesemua msg tu.

      benar, mungkin ada yang kata, sibuk mengalahkan menteri. tapi hidup kita kan tak semuanya sama. ada orang memang boleh layan laman sosial, pagi petang siang malam. tapi saya lebih memilih untuk layan keluarga dengan anak-anak.

      eh, terluah pulak cerita lama ni. hehehehe.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com