Bounce rate naik mendadak! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Bounce rate naik mendadak!

Bounce rate naik mendadak

Bounce rate naik mendadak! | Lama juga aku tidak bercerita mengenai bounce rate blog ceritaejoy ni. Selepas seronok dengan kejayaan mendapatkan bounce rate serendah 7%, hari ini aku kembali berduka. Ini adalah kerana, bounce rate blog ceritaejoy naik secara mendadak! Ini mungkin kerana kekurangan aku untuk memuatnaik artikel baru dalam blog aku ni.

Yang sebenarnya, memang blog ceritaejoy kekurangan artikel pada bulan disember 2016 ni. Semuanya adalah kerana, kesibukan aku di dalam menguruskan isteri dan keluarga. Kami baru sahaja menerima cahaya mata ketiga. Jadi banyak yang perlu diuruskan. Lagi pulak, anak ketiga kami ini mengalami masalah kuning yang susah nak turun.

Banyak jugalah cuti yang perlu aku ambil untuk uruskan semua tu. Banyak ubat, rawatan dan petua yang aku cuba untuk turunkan kuning anak aku tu, tapi tak juga berhasil. Kesian juga melihat dia menahan kesakitan kerana perlu kerap menjalani ujian darah. Namun alhamdulilah, dalam bulan januari 2017 ni, nampaknya kuning anak kami ni makin berkurangan, alhamdulilah.

Bounce rate naik mendadak

Berbalik semula kepada cerita Bounce rate naik mendadak ni, mungkin ada dalam kalangan blogger yang tidak memandang berat akan hal ini. Namun pada aku, aku perlu sentiasa memastikan bounce rate ceritaejoy berada di bawah 10%. Ini penting sebenarnya untuk aku. dan hari ini apabila melihat bounce rate meningkat kepada 15% daripada 7%, aku perlu buat sesuatu!

Banyak sebenarnya cara untuk menurunkan bounce rate blog seperti yang dikongsikan oleh ramai blogger. Namun, cara yang paling mudah adalah, kekerapan kita untuk update blog. Itu tersangatlah penting. Jangan biarkan blog kita tidak berupdate terlalu lama. Bila tak update, pembaca ingat kita dah tak aktif blog dan mula meninggalkan blog kita.

Itu buat mereka yang mementingkan bounce rate la. Buat mereka yang tidak memandang kepentingan bounce rate ni, mungkin tidak menjadi masalah. Nak update boleh, tak nak update pun takpa. Hehehe. Apa pun, masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru, 2017! Semoga tahun ini memberikan lebih kejayaan kepada kita semua, insyaAllah, amin.
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com