Rahma Haruna akhirnya meninggal dunia. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Rahma Haruna akhirnya meninggal dunia.

Rahma Haruna akhirnya meninggal dunia.

Rahma Haruna akhirnya meninggal dunia | Kisah wanita nigeria ini pernah menjadi viral kerana menghabiskan keseluruhan hidupnya di dalam besen air. Rahma Haruna mulanya disangka sebagai bayi yang normal namun ketika dia berusia 6 bulan, tumbesarannya terhenti yang mengakibatkan tubuhnya membesar tidak sekata.

Akibat daripada permasalahan itu, Rahma Haruna menghabiskan sebahagian besar hidupnya di dalam mangkuk plastic yang mana memudahkan ahli keluarganya untuk membawanya. Namun, baru-baru ini, seorang wartawan, ibrahim Jirgi, telah menghadiahkan keluarganya sebuah kerusi roda.

Ahli keluarga Rahma Haruna mula mengesan sesuatu yang pelik pada gadis ini apabila beliau tidak pernah belajar untuk merangkak sebaliknya hanya duduk sahaja. Dia kemudiannya demam dan itulah permulaan kepada nasib malang gadis ini. Rahma Haruna mula mengalami sakit perut dan kemudiannya merebak pada bahagian-bahagian badannya seperti tangan dan kaki.

Selepas berita mengenai Rahma Haruna tersebar, keluarganya menerima banyak bantuan daripada orang sekeliling yang bersimpati dengan nasib gadis malang ini. Pelbagai bantuan yang diterima oleh keluarganya sehingga di saat gadis ini meninggal dunia.

Rahma Haruna ada menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang usahawan dengan membuka kedai runcit. 
loading...

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com