Nilai matawang ringgit malaysia hari ini - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Nilai matawang ringgit malaysia hari ini

duit malaysia dah tak laku

Nilai matawang ringgit malaysia hari ini | Hari-hari jugalah aku check nilai tukaran ringgit ni. Sebabnya macam makin takut nilai ringgit ni terus-terusan jatuh. Mungkin dah ramai yang terima perkongsian atau tengok dekat laman sosial tentang cerita duit ringgit tak diterima dekat Thailand sebab nilainya rendah. Memang betul tu. Teringat waktu aku kena hantar bekerja ke sana. Terasa kerugian yang sangat besar bila tukar duit ringgit kepada bhat *matawang Thailand*.

Nilai matawang ringgit malaysia hari ini

Kalau tengok pada tukaran matawang ringgit kepada USD hari ini *melalui laman converter* USD1 bersamaan dengan MYR4.46. 1 jumlah yang sangat besar pada aku! Mungkin juga pada semua. Tetapi dalam situasi ini, masih ada yang berseronok. Mereka adalah orang yang “bekerja” dengan gajinya di bayar dalam USD. Bayangkan kalau dapat USD100? Kalau tukar duit malaysia, dah dapat RM446! Lumayan kan?

Nilai matawang ringgit malaysia hari ini

Itu nilai matawang dunia, cuba kita tengok matawang negara jiran pulak. Singapore. 1SGD hari ini bersamaan dengan RM3.12. Ramai juga rakyat malaysia yang bekerja disana. Kalau gaji mereka sebulan 800SGD, bawak balik malaysia tukar, dah dapat RM2498! Wow! Sebabnya mereka dapat gaji dalam dollar. Macammana pula dengan mereka yang dapat gaji dalam MYR ni? Dan perlu tukar dengan matawang asing?

Nilai matawang ringgit malaysia hari ini

Kita tengok negara gajah putih pulak. Nilai matawang ringgit malaysia hari ini kalau ditukar dengan THB, THB100 adalah bersamaan dengan RM12.51! Mahalnya!! Aku ingat lagi waktu aku ke Thailand dulu, dululah. THB100 tu bersamaan dengan RM10. Itu konsep paling mudah nak kira. Buang 0 dekat belakang. Kalau THB10,000 bersamaan RM1000 la. Itu dulu.

Hari ini, kalau nak tukar THB10,000, kita kena bayar RM1250! Rugi RM250 dekat situ! Banyak tu! Kalau nak tukar THB30,000? Kalau dulu, sama dengan RM3000, sekarang? RM3752!! Berapa kita rugi tuan-tuan dan puan-puan? Betul! Kita rugi RM752 dekat situ! Arghh! Banyaknya! Mesti ada orang tanya, kenapa nak tukar banyak-banyak kan? Tukarlah sikit je. Kalau pergi 3 hari 2 malam berbaloi la tukar sikit. Kalau dah duduk 2 minggu atau 1 bulan? Memang kena tukar banyaklah kan? adoi!

Ok. Tengok Indonesia pulak. Berapa tukaran Nilai matawang ringgit malaysia hari ini. Aku tak berapa pandai sangat mengenai wang IDR ni sebab belum pernah sampai ke sana. Jadi kita tukar ikut pemahaman matawang sahajalah ye. Nilai tukaran ringgit kepada IDR hari ini adalah bersamaan 1MYR=IDR3037. Kalau RM1000 bersamaan IDR3,034,222.

Apa pun, kita semua memang akan terkesan dengan nilai matawang hari ini. Untunglah mereka yang dapat income dalam USD. Kecil yang mereka dapat, besar tukarannya dalam RM. Mereka yang dapat gaji dalam RM, bila nak keluar negara memang akan terkesan. Kenapa nak keluar negara kalau tak mampu? Ayat ini sepatutnya tidak perlu keluarkan? Apa pun, marilah berusaha untuk menambah baik kehidupan kita bersama. InsyaAllah. amin.
loading...

3 ulasan:

  1. Begitu rendah nilai ringgit kita kan...
    tapi masih ramai lagi yg ke luar negara...
    nak dptkan usd100 tu..hmmm..lambatnya...kekekeke :P

    BalasPadam
  2. kita sebagai rakyat? what we can do??

    BalasPadam
  3. Rendahnya.. Makin ssh nk pergi luar negara

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com