New King for Thailand, Maha Vajiralongkorn menaiki takhta! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

New King for Thailand, Maha Vajiralongkorn menaiki takhta!

New King for Thailand, Maha Vajiralongkorn

New King for Thailand, Maha Vajiralongkorn menaiki takhta! | Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn , menaiki takhta semalam selepas 7 minggu kematian bapanya, King Bhumibol Adulyadej, yang meninggal dunia selepas memerintah Thailand selama tujuh dekad!

Dalam satu majlis rasmi di Dusit Palace, Bangkok, putera itu, dinobatkan sebagai King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, 64, menerima jemputan untuk menaiki takhta yang ditawarkan oleh National Assembly president.

Selepas itu, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha berkata dalam ucapan di televisyen bahawa raja baru itu akan diisytiharkan king retroactively pada hari bapanya meninggal dunia. Beliau juga akan dikenali sebagai King Rama X dinasti Chakri.

Menurut berita sebelum ini, Maha Vajiralongkorn dikatakan enggan menaiki takhta selepas kematian bapanya, kerana beliau masih bersedih. Mengikut aturan keluarga diraja Thailand, kematian raja adalah sesuatu proses yang rumit. Pembakaran mayat King Bhumibol akan berlangsung kira-kira setahun selepas kematiannya. Manakala pertabalan King Vajiralongkorn akan dilakukan pada satu ketika selepas upacara itu.

King Bhumibol Adulyadej sangat dihormati oleh rakyat Thai yang melihat beliau sebagai seorang peguam bela bagi rakyat biasa dan seorang penaja pembangunan ekonomi. Tempoh rasmi berkabung 30 hari untuk orang ramai telah berakhir, namun masih ramai lagi penduduk Thailand yang masih memakai pakaian hitam atau reben hitam untuk memuliakannya.

Sumber : http://www.nytimes.com/
loading...

3 ulasan:

  1. Betul sayang dorang kan kat Raja dorang...salute!

    BalasPadam
  2. memaang thailand adalah negara kerajaan yang turun temurun memerintah ............

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com