Lokasi menarik dan Tips melancong ke Kota Bharu, Kelantan! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Lokasi menarik dan Tips melancong ke Kota Bharu, Kelantan!


Lokasi menarik dan Tips melancong ke Kota Bharu, Kelantan! | Kelantan. Atau juga dikenali sebagai ibu negeri Cik Siti Wan Kembang terletak di pantai timur malaysia. Apa yang menariknya di sana? Lebih-lebih lagi di Kota Bharu? *Ada yang tulis Kota Bahru, ada juga yang tulis Kota Baru, tak kisahlah, janji lokasinya sama, di Kelantan, hehehe*.  Haip! Berbalik semula pada ceritaejoy, Hari ini aku nak kongsikan Lokasi menarik dan Tips melancong ke Kota Bharu, Kelantan! Dan rahsia macam mana nak dapatkan tiket dan penginapan yang murah! Ahha!

Baik. Kota Bahru atau KB ni dikenali sebagai persingahan sebelum menyeberang ke Thailand melalui sempadan selatan atau percutian tropika ke pulau yang terkenal di Malaysia, Pulau Perhentian. Sedikit info menarik yang boleh aku kongsikan, Sultan Muhammad mula membangunkan bandar yang berunsurkan Islam ini pada tahun 1844. Ia masih dikenali sebagai sebuah kota budaya yang dianggap sebagai pusat kebudayaan tradisional Melayu. Bandar ini telah pun dianugerahkan sebagai salah satu daripada lapan bandar-bandar yang terbaik di dunia pada tahun 1993 untuk keunikan budayanya dan destinasi pelancongan terbaik oleh Agensi Tanah Negara Jepun. Menarikkan?

Dan walaupun KB mempunyai pengaruh budaya Islam yang kuat sehingga pernah digelar sebagai Serambi Mekah, terdapat juga kuil-kuil Buddha di sekitar bandar ini. Ini menunjukan Malaysia adalah negara yang harmoni. Itulah keistimewaan negara bertuah ini!

Untuk trip ke KB ini, aku gunakan https://www.traveloka.com/en-my/ untuk tempahan tiket penerbangan dan juga tempat penginapan! Kenapa mesti traveloka? Kerana urusannya sangat pantas dan mudah! Hanya dalam beberapa minit, semua urusan flight dan bilik selesai! Menarikkan?

Orait! Sekarang aku nak kongsikan cara-cara untuk sampai ke KB. Kalau korang gunakan jalan udara, korang akan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak di Pengkalan Chepa. Kemudian, dari airport korang boleh ambil teksi atau bas untuk ke pusat bandar yang terletak hanya beberapa kilometer dari airport.



Kredit : http://www.come2kelantan.my/

Kalau korang guna keretapi pula, korang akan berhenti di Wakaf Bharu, stesen kereta api paling dekat dengan Kota Bharu, kira-kira 6.5 kilometer dari pusat bandar. Terdapat beberapa kereta api yang beroperasi pada waktu siang (tren ulang-alik dan ekspres) dan kereta api yang bergerak pada waktu malam (tren ekspres). Wakaf Bharu terletak di laluan Pantai Timur, yang lebih dikenali sebagai "Jungle Railways", bermula dari Tumpat (satu stesen daripada Kota Bahru) ke Gemas.

Menariknya laluan keretapi ini adalah, Ia menawarkan pemandangan menghijau yang terdiri daripada kebanyakannya pokok kelapa sawit di sepanjang perjalanan. Ketenangan dan kedamaian seperti ni lah yang membuatkan ramai pengunjung memilih untuk menginap kat homestay di Kota Bharu!

Ada dua stesen bas utama di bandar ini sama ada untuk bas tempatan, antara daerah, dan jarak jauh. Stesen bas pusat, juga dikenali sebagai Terminal Bas Jalan Hamzah ada untuk bas dalam bandar bandar dan bas yang bergerak antara daerah, manakala stesen bas SKMK Langgar adalah untuk bas jarak jauh. Bagi mereka yang merancang percutian pada musim cuti sekolah, dan tak sempat pre book accomodation, jangan risau sebab di sekitar bandar ni, u guys boleh nampak banyak hotel Kota Bharu



kredit : http://www.hotelperdanakotabharu.com/

Ok! Antara tempat penginapan yang terkenal kat sini seperti The luxurious Hotel Perdana Kota Bharu, Renaissance hotel, Grand Riverview dan Crystal Lodge hotel. Korang boleh pilih ikut bajet dan kesesuaian masing-masing. Dan di sekitar area penginapan ni, terdapat banyak tempat tarikan pelancong yang menarik untuk dilawati seperti Istana Jahar, Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan, Muzium Kraf Tangan dan di antara lokasi wajib kunjung adalah Pasar Besar Siti Khadijah.

Kat sini korang boleh shopping pakaian batik yang dicetak tangan di Kota Bharu Trade Center, Citra Batik di Pantai PCB, atau Citra Batik di KB Mall sebab harga di pusat membeli-belah KB adalah lebih tinggi daripada di kedai PCB. Buat mereka yang suka mencuba makanan di tempat baru, korang boleh berkunjung ke Medan Selera MPKB yang terletak di Jalan Pintu Pong. Banyak juadah tempatan yang unik untuk korang cuba. Bagi menu yang lebih pelbagai, korang boleh try makanan Cina di Jalan Kebun Sultan bertentangan dengan Public Bank, dan Jalan Pejabat Pos Lama untuk makanan Thai.

Cuma satu pesanan aku buat mereka yang baru pertama kali nak ke sana, harus diingatkan, bandar ini merupakan sebuah tempat yang mempunyai pengaruh Islam yang sangat kuat. Jadi, elakkan memakai pakaian yang terlalu terdedah dan sentiasalah berkelakuan sopan. Kebanyakan kedai-kedai di sini akan berhenti beroperasi pada waktu solat. Dan jangan risau, kebanyakan hotel di Kota Bharu ada menyediakan ruang untuk solat yang selesa bagi tetamu Muslim. Rasanya itu je tips yang boleh aku kongsikan dengan pembaca blog ceritaejoy. Dan Kalau korang ada lagi benda yang menarik untuk dikongsikan, boleh la tinggalkan komen kat ruangan bawah ni. Jumpa lagi dalam post seterusya. Daa~
loading...

4 ulasan:

  1. selamat datang ke kota bharu ejoy... akak pun dah berapa bulan tak balik kb ni... cuti sekolah skang pun xdpt nak blk kena tgu CNY baru leh balik... kat kb pasar borong WCY pun menarik pada malam hari... dan kalau pagi lak RTC tunjung sgt meriah...

    BalasPadam
  2. bila baca entry nie terasa nak sangat jejak kelantan. harap ada peluang pergi kelantan suatu hari nanti :)

    BalasPadam
  3. Best ny ! insyallah akan mjejakn kaki ke sna tahun hadapan =D

    BalasPadam
  4. teringin sangat nak pergi ke Kota Bharu, tak pernah berpeluang untuk sampai. Harap suatu hari nanti sampailah ke sana.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com