Kisah viral lelaki nikahi wanita pengidap kanser tahap 4 - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kisah viral lelaki nikahi wanita pengidap kanser tahap 4

Kisah viral lelaki nikahi wanita pengidap kanser tahap 4

Kisah viral lelaki nikahi wanita pengidap kanser tahap 4 | Aduh! Memang betul-betul menyentuh hati bila mana cerita ini kini viral di laman sosial. Tak keterlaluan juga untuk aku katakana, ramai yang menitiskan air mata termasuklah lelaki! Kalau bukan pada zahirnya, mungkin pada batinnya. Kisah lelaki ini menjadi sangat viral selepas isterinya yang juga pengidap kanser tahap 4 akhirnya pergi mengadap ilahi.

Lelaki hebat ini dah tahu sebenarnya bakal isteri dia ni ada kanser. Tapi kerana kasih dan sayangnya yang sangat kuat, beliau menerima seadaanya bakal isterinya itu. Ini bukan cerita drama ya! Ini adalah kisah sebenar! Aku memang respek dengan lelaki tersebut! Jiwa dia memang kental! Tidak hanya pada kata-kata sahaja!

Bukan mudah untuk menerima pemergian insan tersayang lebih-lebih lagi pada hari yang sangat bermakna. Di tambah lagi dengan ketiadaan beliau ketika isterinya pergi menghadap ilahi. Ini semua dah menjadi ketentuan. Allah lebih mengetahui segala-galanya. Kita sebagai manusia, seharusnya menerimanya.

Ingin aku ucapkan tahniah kepada lelaki ini, kerana kamu adalah salah seorang lelaki yang sangat hebat!

Kisah viral lelaki nikahi wanita pengidap kanser tahap 4

KUALA LUMPUR: Kisah keutuhan cinta guru muda, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 26, yang sanggup mengahwini pasangannya pesakit kanser tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25, berakhir hari ini apabila isterinya meninggal dunia, jam 3 pagi tadi, di Hospital Kajang. 

Lebih menyedihkan, kematian isterinya yang menghidap kanser buah pinggang itu berlaku pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka, hari ini. 

Jenazah Allahyarhamah dimandikan di Surau Unit Forensik Hospital Kajang pada jam 8.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang. 

Pada November lalu, BH menerusi artikel 'Keutuhan Cinta Guru Muda Kahwini Wanita Kanser Tahap Empat', menyiarkan kisah ketulusan cinta Ahmad Kamal Effendi mengahwini wanita yang dicintainya walaupun sudah mengetahui status kesihatan arwah, yang juga seorang doktor perubatan. 

Ahmad Kamal Effendi berkata, beliau sangat sedih kerana isterinya menghembuskan nafas terakhir tanpa beliau di sisi. 

"Ketika itu saya berada di rumah mentua di Kajang. Tetapi saya tidak terkilan kerana dapat menguruskan pengebumian termasuk memandikan dan mengkafankan jenazahnya. 

"Awal bulan ini, kami sempat membuat majlis ringkas dengan makan bersama bagi menyambut ulang tahun perkahwinan kerana isteri tidak sihat. 

"Isteri menghadiahkan saya iPhone dan saya pula memberi album mengandungi gambar sepanjang perkenalan kami sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, malam ini. 

Bagaimanapun, Ahmad Kamal Effendi berkata, beliau reda dengan pemergian isterinya dan sudah melakukan yang terbaik untuknya. 

Sementara itu, menerusi Instagram Ahmad Kamal Effendi, beliau memuat turun gambar perkahwinan mereka dan meluahkan perasaan sedih atas kehilangan isteri tercinta pada tahun pertama ulang tahun perkahwinan mereka hari ini. 

Dalam kiriman itu, Ahmad Kamal Effendi, berkata semua yang berlaku umpama satu mimpi dan tidak menyangka hari ulang tahun perkahwinan mereka menjadi hari isterinya dijemput Ilahi. 

"Siapa pernah terfikir, untuk hari yang sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang," katanya menerusi Instagram. 

Berita kematian Nik Idzni Dalila turut menjadi viral di laman sosial dan tidak henti-henti menerima salam takziah daripada rakan, keluarga dan pengguna lama sosial yang mengikuti kisah unik pasangan ini. 

Perkenalan singkat selama empat bulan menerusi Instagram, kemudian diakhiri dengan majlis perkahwinan ringkas, di kediaman Nik Idzni Dalila di Kelantan, pada 27 Disember, tahun lalu.
loading...

1 ulasan:

  1. Moga kisah ini menjadi tauladan kepada kita semua..dan sentiasa sedekahkan Al Fatihah buat alahyarhamah..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com