Kemaluan terpotong habis akibat berkhatan guna kaedah laser! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kemaluan terpotong habis akibat berkhatan guna kaedah laser!

Kemaluan terpotong habis akibat berkhatan guna kaedah laser

Kemaluan terpotong habis akibat berkhatan guna kaedah laser! | Ini memang berita yang sangat menakutkan untuk dibaca. Mulanya aku baca dengan FB, kemudian beberapa rakan blogger kongsikan pula dalam blog mereka cerita Kemaluan terpotong habis akibat berkhatan guna kaedah laser ni! Ini memang berita yang menakutkan kerana anak sulung aku lelaki! Dan sampai masanya nanti dia juga perlu berkhatan atau masuk jawi orang kata!

Bila dah ada kes macam ni, dah tentulah ibubapa mula risau. Yelah, zaman makin moden kan. Bukan macam berkhatan dulu-dulu. Berarak sekeliling kampung, mandi beramai-ramai, paling syok berendam dalam sungai. Memang best betul waktu tu. Tapi bukan akulah, orang tua aku yang cerita! Hahahahha. Aku bersunat dekat rumah je. Hehehe.

Itu cerita sunat dulu-dulu. Tapi ni ha! Sampai terpotong habis! Dah kenapa kan? Bahaya jugak guna kaedah laser ni. Yang buat ni, bukan orang biasa-biasa. Doktor yang berpengalaman juga. Paling aku tak boleh terima adalah, doktor tu telah tidak sengaja terpotong! Eh! Boleh guna alasan tu ek? Kalau koranglah sebagai ibubapa, apa korang nak cakap pada doktor tu?

Ni bukan jadi mimpi ngeri pada kanak-kanak tu je, tapi buat semua orang. Bila dah ada kes macam ni, dah tentu ibubapa mula tak percaya pada kaedah laser ni lagi termasuklah aku. Siapa yang nak dengar berita “anu” anak mereka terpotong, habis! Kerana doktor berpengalaman tu tak sengaja! Eh? Boleh guna ke alasan macam itu?

Katanya lagi, kanak-kanak tu dah dibawa ke hospital untuk proses penyambungan semula anu dia tu. Eh? Boleh sambung eh? Tak tahu pula. Aduh! Tahukah kalian semua. Alat sulit lelaki itu adalah di antara perkara paling utama pada seorang LELAKI. Kalau takda alat tu, macamana kan? Eh! Malas rasanya aku nak fikirkan benda tu.

Apa pun, aku harapkan ini adalah perkara pertama dan terakhir berlaku. Berita-berita tentang Kemaluan terpotong habis akibat berkhatan guna kaedah laser boleh buat budak-budak takut nak sunat tahu? Kena pula kawan-kawan yang dah sunat, dia kenakan kawan-kawan yang belum sunat. Dah boleh timbulkan rasa takut yang amat sangat pada budak-budak! Ok? Huh! Harap ini berita yang terakhir kita dengar.
loading...

2 ulasan:

  1. adik saya pun ada masalah masa guna kaedah nih . bukan masalah apa , cuma terlebih potong mcm mana ntah yg menyebabkan pendarahan teruk . tp alhamdulillah tak sampai terpotong terus .

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh..yeker? adeh..risau kat anak saya juga ni..hmm

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com