Sibuk dengan kelahiran yang ketiga! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Sibuk dengan kelahiran yang ketiga!

kelahiran yang ketiga

Sibuk dengan kelahiran yang ketiga! | Sebelum apa-apa, aku ingin ucapkan rasa syukur ke atas ilahi kerana dikurniakan cahaya mata yang ketiga. Alhamdulilah, kerana aku sendiri tak pernah terfikir akan dikurniakan cahaya mata sebanyak ini. Mungkin ada yang merasakan jumlah itu masih kecil namun pada aku ianya sudah cukup untuk keluarga kami, alhamdulilah.

Agak lama juga cuti yang aku ambil. Cuti kerja dan juga cuti daripada dunia blogging. Seronok melihat rakan-rakan blogger yang lain update blog mereka dengan macam-macam cerita. Join event sana sini, review macam-macam produk dan macam-macam lagi. Alhamdulilah, rezeki mereka. Apa pun, hari ini! aku kembali dalam dunia blog. Hehehe.

Banyak sebenarnya pengalaman aku dengan kelahiran yang ketiga ini. Antaranya adalah, jumlah yang menanti kelahiran yang pada aku terlalu ramai! Mungkin disebabkan hujung tahun agaknya. Tak pernah lagi aku nampak, terlalu ramai ibu mengandung dalam bilik menanti masa untuk bersalin tu. Fuh! Ramai! Hinggakan ada daripada mereka yang seharian duduk dalam tu sebab wad penuh! Adeh!

Kelahiran yang ketiga ini juga adalah “pengakhiran” buat aku dan isteri kerana selepas operation kelahiran, doktor terus “ikat”. Katanya, isteri aku akan berisiko tinggi jika mengandung lagi. Aku pun sebenarnya tak kisah kalau nak ikat pun sebabnya aku merasakan jumlah yang sedia ada ini dah cukup. Ada juga suami yang tidak bersetuju kerana mahukan lebih anak lagi, itu pendirian masing-masing ya.

Bila berlaku 2 operation ni, faham-faham sahajalah kondisi isteri aku. Lagi pulak dia ada alahan dengan ubat tahan sakit, So,korang boleh bayang tak kesakitan nya macam mana? Adeh! Inilah yang banyak ibubapa cakap, kalau anak tu tak mahu dengar cakap atau yang bukan-bukan, tak tahu lah macam mana, kan? Apa pun, aku doakan yang baik-baik sahaja.

Apa pun, walaupun dah lama cuti dari dunia blogging ni, aku masih tak punya idea nak menulis apa. Rasanya idea nak menulis pun masih belum panas lagi. Kerja tu ada, mungkin aku akan dahulukan yang penting-penting dahulu. Kemudian baru kita akan cari idea untuk update blog ceritaejoy. Apa pun, syukur sekali lagi dengan kurniaan yang maha esa ini. syukur.
loading...

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah,syukur..tahniah ya...moga dengan kelahiran khalifah baru ini bertambah keberkatan dalam keluarga dan kehidupan kalian..amin...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com