Filem Rock Bro 2016 Full Movie - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Filem Rock Bro 2016 Full Movie

Filem Rock Bro 2016 Full Movie

Filem Rock Bro 2016 Full Movie | Orait, apa yang tengok banyak kali pun tak bosan ni kan? hehe. Yang aku maksudkan adalah Filem Rock Bro. Tak aku nafikan, abang Mamat Khalid memang hebat! Filem-filem dia, walaupun ada yang tak masuk dek akal, tapi punya maksud yang sangat mendalam. Dan Filem Rock Bro ternyata mampu mewujudkan tangisan dalam diam pada sesiapa yang menonton dan benar-benar memahami apa yang cuba di sampaikan.

Filem Rock Bro 2016 Full Movie.


Baiklah, bercerita mengenai Filem Rock Bro, keyword Filem Rock Bro 2016 Full Movie sedang hot di dalam laman sosial. Aku tidaklah menyokong perkongsian ini, Cuma apa yang boleh aku sampaikan, marilah kita bersama-sama menyokong industry perfileman malaysia dengan membeli vcd yang original. Namun, aku faham beberapa “masalah” yang dihadapi mereka kerana aku sendiri terkadang hadapi masalah ini. Aku Cuma mampu memberi nasihat ini sahaja, ok?

Orait! Balik semula pada Filem Rock Bro ni. Ternyata susunan lagu semuanya sangat tepat! Dan muzik yang mampu menaikkan mood mereka yang menonton! Kadang tu rasa macam tengok filem Hindustan pun ada. Yelah, banyak sangat lagu! Hahaha. Tapi bagus juga sebenarnya, sebab, abang Mamat Khalid berjaya menaikkan semula lagu-lagu lama ni.

Rahsia dalam rahsia.


Bila tengok Filem Rock Bro ni, macam ada banyak benda yang mana generasi aku atau generasi sekarang ni, tak tahu apa-apa pun pasal zaman rock ni! Yang aku tahu, aku tiba-tiba teringat zaman muda ayah aku. dengan bahagian bawah seluar yang kembang, baju kemeja ketat dengan rambut rambut panjang+kembang. Hahaha.

Yang aku ikut Cuma rambut sahaja. Aku memang tak selesa kalau berambut pendek! Hahaha. Tapi bab baju ketat dengan seluar tu, adoi! Memang tak termampu nak ikut lah kan. hehehe. Tapi dalam Filem Rock Bro ni, pakaian mereka memang melambangkan diri seorang rockers! Cuma part jijo dalam bilik recording tengah main bass tu je, dia pakai kemeja. Macam tak rock la pulak nampaknya! Hehe.

Oklah, yang sebenarnya, macam nak kongsikan lirik lagu sekelip mata kau berubah (lestari). Lagu-lagu lama ni orang-orang tertentu je dengar tapi bila di masukkan dalam filem, terus top semula lagu-lagu lama ni, yang tak suka dengar pun boleh jadi minat. Oklah! Ini liriknya.

Lirik Lagu Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari


Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya

Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini

(KORUS)
Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan
loading...

3 ulasan:

  1. Sedih cerita ni..paling sedih part slash hj tapah..dan jijoe....ini semua el punya pasal...semua pandang dia...

    BalasPadam
  2. xdapat tengok kat cinema..kita tengok online je lah ..macam best je cite ni

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com