Kabarnya Tol Nak Naik Harga lagi? Betul ke? - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kabarnya Tol Nak Naik Harga lagi? Betul ke?

Tol Nak Naik Harga lagi

Kabarnya Tol Nak Naik Harga lagi? Betul ke? | Selepas cerita mengenai minyak naik harga lagi, kemudian dengan isu harga minyak masak yang naik secara mendadak, kini muncul pula isu, tol pulak nak naik harga! Apa dah jadi sebenarnya ni? Kenapa semua naik dalam masa terdekat? Apa dah jadi sebenarnya? Kalau sebelum ni ada isu yang menyarankan, jika tak mahu terkesan dengan kenaikan kadar tol, jangan balik kampung, tak kan nak timbul semula isu ni kalau benar tol nak naik harga lagi selepas ini?

Yang sebenarnya, masih belum ada penjelasan atau berita yang sahih mengenai kadar kenaikan harga tol ni. Semuanya hanya tersebar melalui media sosial facebook. Namun, manakan pokok bergoyang kalau takda angin kan? Contohnya macam minyak masak. Sebelum ni tersebar harga minyak masak tak akan di naikkan, tapi tup tup, minyak masak naik harga.

Tak perlu ulas mengenai harga minyak naik lah. Berita mengenai kenaikan Harga minyak petrol dan diesel ni dah macam berita biasa yang kita dengar. Kalau sebelum-sebelum ni, berita kenaikan harga minyak ni dah macam berita penting. Tapi disebabkan dah kerap dengar, dah macam tak ada apa-apa dah. Sebab dah kerap sangat turun naik. Pelik pun ada!

Nak luahkan, tak tahu kemana. Dan aku sendiri tak jelas dengan apa yang berlaku. Melalui perkongsian dalam laman sosial dan blog-blog yang ada, ceritanya harga minyak dunia sedang jatuh. Tapi kami kurang jelas kenapa harga minyak di malaysia naik. Mungkin mereka yang terlibat punya alasan mereka yang tersendiri.

Bila cerita pasal 2 perkara yang di anggap salah satu asas ni, minyak petrol & diesel serta minyak masak ni, kenaikkan harga bagi kedua-dua barang ni sekaligus akan menyebabkan kenaikan harga barang yang lain. Percayalah! Peniaga-peniaga yang menggunakan minyak masak pasti akan menaikkan harga produk mereka. Ini semua kerana ingin menampung kenaikan harga minyak masak.

Petrol dan diesel? Perkara paling penting! Kalau takda, macam mana kenderaan nak bergerak. Kan? Macam mana kami rakyat bawahan nak cari pendapatan. Jadi mahu tak mahu, perlu juga isi. Kalau sebelum ni, belanja bagi minyak dah ditetapkan, tapi selepas kenaikan harga minyak ni, ianya perlu di ubah!

Kemudian, tol! Aduh! Aku berharap sangat yang ianya hanyalah kabar angin. Terfikir juga aku, kalau minyak dah naik harga, kemudian tol pulak naik harga, ini memang benar-benar pakej! Belanja bagi kedua-dua benda ni akan berganda! Aku menetap di Melaka dan kampung di kedah. Boleh bayangkan belanja yang aku perlu keluarkan kalau nak balik kampung??

Kenaikan harga barang ni memang benar-benar menekan kehidupan kami! Entah kemana suara yang kami ada. Sebabnya hanya di dengar di dalam hati. Mahu tak mahu, kena teruskan juga kehidupan. Supaya tak terjerat dalam perangkap kehidupan. Semoga ada perubahan yang besar dalam kehidupan kami supaya mampu untuk terus mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ni. insyaAllah. amin.
loading...

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com