Tak semua perkara insurance kereta akan cover. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Tak semua perkara insurance kereta akan cover.

Tak semua perkara insurance kereta akan cover

Tak semua perkara insurance kereta akan cover | Ahha! Ramai orang ingat, dengan adanya insurance kenderaan, segala perkara yang melibatkan kerosakan pada kenderaan, akan di lindungi oleh pihak insurance. Itu perkara biasa bagi kebanyakkan orang. Tapi tahukah korang yang tak semua perkara melibatkan kerosakan ini dilindungi oleh insurance? Bila dengar macam ni, mestilah kita rasa marah kan? Yelah, bayar mahal-mahal, tapi insurance tak cover. Macam mana tu?

Sabar dulu rakan-rakan semua. Sebelum apa-apa, kita kenal pasti dulu mengenai insurance kenderaan kita. Insurance ni benda wajib bagi semua jenis kenderaan yang bergerak atas jalanraya. Tanpa insurance, kita boleh disaman oleh pihak berkuasa jika tertangkap. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ada orang yang cakap, kena tangkap dengan pihak berkuasa kira salah la, kalau tak kena tangkap, tak apa.

Yang sebenarnya salah cara berfikir tu. Insurance kenderaan ni bukan untuk cukup syarat je. Ataupun untuk lepas daripada saman pihak berkuasa. Insurance kenderaan ni berfungsi untuk melindungi kenderaan kita. Dari segi apa? Kalau berlaku kemalangan, dan memerlukan kos untuk membaik pulih kenderaan, disitulah kegunaan insurance.

Aku teringat sewaktu kemalangan melibatkan isteri aku suatu masa dulu. Waktu tu, kereta yang dipandu oleh isteri aku mengalami kerosakan yang sangat teruk hingga diumumkan total loss. Kereta itu masih baru. Belum cukup setahun. Tapi dengan adanya insurance, bayaran kereta tersebut habis dilansaikan pada pihak bank dan wife aku tidak perlu bayar apa-apa.

Jadinya, nampakkan kelebihan insurance kenderaan ni? Tapi tahukah korang yang ada 5 perkara yang tidak dilindungi oleh insurance? Sebab itu, pada awal tadi, ada aku nyatakan tidak semua kerosakan pada kenderaan akan dilindungi oleh insurance. Jangan nanti, bila kita nak buat claim dengan insurance, insurance tak nak terima sebab kerosakan itu tidak termasuk dalam senarai perlindungan yang diberikan.

Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk kita kenal pasti, apakah jenis perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurance kenderaan kita. Dan aku juga ada senaraikan 5 perkara yang hampir kebanyakkan insurance kenderaan tidak akan cover. Lebih baik kita ambil tahu sebelum semuanya terlambat dan kita akan menyesal. Ok?

Baiklah, senarai tersebut ada dalam post ini : 5 PERKARA YANG TIDAK DILINDUNGI OLEH INSURANCE KENDERAAN ANDA
loading...

1 ulasan:

  1. true...
    kena ambil tahu walaupun kita belum pernah mengalaminya...
    sebab sekurang-kurangnya bila ianya terjadi pd kita...kita tahu apa yang kita perlu buat..tapi minta di jauhilah kemalangan melibatkan nyawa..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com