Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang.

bercuti di Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang

Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang | Siapa yang mencari Penginapan Menarik Di Pulau Pinang? Hari ini aku nak kongsikan 1 lokasi menarik yang boleh dijadikan pilihan buat mereka yang ingin bercuti ke pulau pinang cuti sekolah ini. Aku sendiri tertarik dengan penginapan ini yang pada mata aku, sangat cantik! Dengan pemandangan laut dari tingkat tertinggi sememangnya suatu yang sangat indah! Jom kita tengok Seafront Scandinavian Home yang terletak di George Town, Pulau pinang, Malaysia.

Seafront Scandinavian Home adalah sebuah sebuah pangsapuri “dupleks” mewah dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi dengan siling super tinggi yang menawarkan pemandangan panorama Georgetown dan pelabuhan. Dengan ruang dalam berkongsepkan warna putih, bersih dan dengan design Scandinavian homes, tidak mustahil lah kenapa ianya menjadi salah satu daripada Penginapan Menarik Di Pulau Pinang.

bercuti di Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang

bercuti di Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang

bercuti di Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang

Selain berehat, anda boleh memasak dan makan sambil menikmati pemandangan indah daripada Seafront Scandinavian Home ini. Lokasi percutian ini menawarkan suasana romantis buat anda dan pasangan anda juga sesuai bagi percutian keluarga!

Tarikan menarik di sini.

Lokasi Penginapan Menarik Di Pulau Pinang ini terletak di “Karpal Singh Drive" dan menawarkan hiburan dan 2 medan selera gergasi. Selain itu, hanya 5 minit memandu dari pusat bandar, 20 minit memandu ke Gurney dan maksimum 10 Min memandu ke Queensbay.

bercuti di Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang

bercuti di Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang

bercuti di Seafront Scandinavian Home, Pulau Pinang

Sedikit mengenai ruang yang tersedia di Seafront Scandinavian Home ini, ia menyediakan 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi, Bilik Tidur pertama menyediakan 2 katil queen, Bilik Tidur kedua terletak di tingkat bawah dan menyediakan 1 katil queen.

Bagi daftar kemasukan ke penginapan ini adalah selepas jam 1500 dan bagi daftar keluar pula adalah jam 1100. Tiada tuala yang disediakan disini dan sila bawa tuala anda sendiri. Tidak dibenarkan merokok di dalam Seafront Scandinavian Home dan antara arahan keras disini adalah, pengunjung tidak dibenarkan membawa durian! Juga haiwan peliharaan tidak dibenarkan di sini serta sila tinggalkan kasut anda diluar.

Jika pengunjung melanggar peraturan ini, bayaran pembersihan tambahan sebanyak RM200 akan ditolak daripada deposit anda untuk membersihkan bau yang ada. Jadi sila beringat ya!

Akhir sekali, bayaran bagi 1 malam di Seafront Scandinavian Home adalah RM368. Mahal? Murah! Sebabnya Penginapan Menarik Di Pulau Pinang ini boleh memuatkan 6 orang pada satu-satu masa! Kalau dibahagi 6, kira-kira RM64 seorang. Murah kan? Oklah. Kalau korang berminat, korang boleh tempah di : Seafront Scandinavian Home/booking.
loading...

1 ulasan:

  1. baru tahu ada nama jalan karpal singh. anyway nice house. boleh masuk dlm buku alamat ni

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com