Food : Resepi Mushroom Soup Paling Sedap dan mudah. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Food : Resepi Mushroom Soup Paling Sedap dan mudah.

Resepi Mushroom Soup Paling Sedap dan mudah.

Food : Resepi Mushroom Soup Paling Sedap dan mudah! | Ok. Siapa suka makan Mushroom soup? Aku sebenarnya tak suka sangat tapi bila wife aku suka makan. Dan dia kerap makan! Jadi, aku pun turut sama jadi peminat Mushroom soup ni. Ramai yang beranggapan susah nak buat soup ni. Oleh yang demikian, beli sahaja dekat 7E. Tengah malam pun boleh makan. Tapi itu dulu, hari ini, aku akan kongsikan dengan korang semua Resepi Mushroom Soup Paling Sedap dan mudah!

Oklah. Dari dapur orang bujang hari ini, kita buat Mushroom soup la pula ye. Sedap makan dengan apa ye soup ni? Kalau aku, aku suka makan dengan roti. Makan macam tu pun sedap juga. Ada orang suka makan dengan western. Eh! Sedap juga kan? Bakar kambing kemudian buat Mushroom soup. Fuh! Perfect!

Resepi Mushroom Soup Paling Sedap dan mudah!


Orait! Cukup setakat itu. Perut dah menyanyi ni. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Mushroom Soup Paling Sedap ni.

  • 200g cendawan
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar daun thyme *taim*
  • 2 cawan stok ayam
  • ½ cawan krim
  • Lada hitam
  • Garam

Orait. Dah sediakan bahan-bahan ni, kita belajar pula cara nak buat Mushroom Soup Sedap ni.

Perkara pertama adalah Cairkan mentega dan masukkan cendawan erta garam (½ sudu kecil). Masak lebih kurang 10 minit.

Kemudian, masukkan bawang Holland, bawang putih, 1 sudu kecil thyme, dan masak selama 5 minit.

Selepas itu, masukkan tepung gandum dan kacau selama 2 minit.

Masukkan pula stok ayam dan biar ia masak selama lebih kurang 15 minit.

Selepas itu, Blend sup hingga halus.

Masukkan sup kembali ke dalam periuk dan masukkan krim.

Masukkan garam (½ sudu kecil) dan lada hitam (½ sudu kecil).

Selesai semuanya hidang! Hehe. Amacam? Mudah kan Resepi Mushroom Soup Paling Sedap dan mudah ni. Lepas ni tak perlulah beli lagi, boleh buat hari-hari. Nak makan bila-bila pun boleh. Kan? Selamat mencuba ya!
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com