Food : Resepi mudah Kerabu Mangga Ala Thai. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Food : Resepi mudah Kerabu Mangga Ala Thai.

Resepi mudah Kerabu Mangga Ala Thai.

Food : Resepi mudah Kerabu Mangga Ala Thai | Lepas habis je event festival makanan thai dekat Melaka tempoh hari, tekak ni nak makan makanan ala-ala thai je. Bukanlah kata masakan melayu tu dah tak sedap, tapi sesekali tukar selera apa salahnya kan? Lagi pun, banyak sebenarnya masakan-masakan thai ni lebih kurang sama dengan makanan melayu. Ok! Dalam tajuk resepi orang bujang ni, aku nak share pulak Resepi mudah Kerabu Mangga Ala Thai. Cara yang cukup mudah dan pastinya sedap!

Yang sebenarnya, semua bahan-bahan ni ada dekat sekeliling kita. Kalau dekat kampung-kampung tu *dekat rumah taman pun ada* banyak pokok mangga. Kalau sampai waktunya, tak terhingga banyaknya buah mangga. Siap terbuang lagi. Jadi lepas baca mengenai Resepi mudah Kerabu Mangga Ala Thai ni, rasanya macam tak cukup pulak buah mangga nya nanti. Hehehe.

Haip! Orait! Jom tengok bahan-bahan untuk buat Resepi mudah Kerabu Mangga Ala Thai ni. Apa yang korang perlu sediakan adalah:

  • 2 biji mangga muda (diparut)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • 2 cawan taugeh
  • 1/2 cawan ketumbar segar(dicincang)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 biji cili padi (dihiris)
  • 2 sudu besar udang kering goreng
  • 2 sudu besar kacang goreng
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • Limau
  • Cili merah

Orait. Semua bahan yang diperlukan sangat-sangat mudah untuk di cari. Langkah seterusnya adalah, cara-cara nak buat Kerabu Mangga Ala Thai.

  • Pertama. Gaulkan mangga dengan cili padi, bunga kantan, bawang merah, udang kering, kacang, daun ketumbar dan taugeh.
  • Kemudian, masukkan sos ikan dan gula. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.
  • Langkah seterusnya adalah, Perah limau dan hias dengan bunga kantan, cili merah, dan kacang.
  • Akhir sekali hidangkan dan makan!

Ahha! Mudah kan? Dah nama pun Resepi mudah Kerabu Mangga Ala Thai kan? Sesiapa pun boleh buat. Jadinya lepas ni memang takda lagi la alasan tak tahu nak buat. Patutlah ramai orang yang masak dan sediakan makanan yang sedap-sedap sekarang ni, sebab semuanya mudah! Semoga memberi manfaat dan hari-hari anda akan lebih indah selepas ini. Selamat mencuba!
loading...

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com