Paparan blogspot bertukar lagi! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Paparan blogspot bertukar lagi!

Paparan blogspot bertukar lagi

Paparan blogspot bertukar lagi! | Rasanya dashboard blogspot macam baru je tukar sebelum ni, dan hari ini, ianya bertukar wajah lagi. Mulanya aku tak perasan pun mengenai hal ini, tapi selepas baca banyak rakan-rakan blogger post status dekat laman sosial mengenai dashboard blogspot yang baru ni, aku pun terujalah nak tengok. Mula-mula bukak memang rasa macam pelik sikit. Sebab semuanya dah ketepi kan. Kalau sebelum ni, biasa bukak bahagian pageview tu, tapi sekarang macam dah takda.

Kalau kita tengok dekat bahagian dashboard yang baru ni, semua blog akan termasuk dalam 1 senarai. Kena klik pada bahagian blog yang kita bukak tu, untuk cari blog yang lain. Kalau sebelum ni, semua blog yang kita ada kita boleh tengok kan? Tapi sekarang semua dah masuk dalam tu.

Kemudian, view blog. Kalau sebelum ni dekat bahagian atas. Tapi sekarang dekat bahagian tepi. Patutlah sebelum ni aku cari bahagian view blog tu takda. Ingatkan dashboard blogspot aku mengalami gangguan akibat angin monsoon. Rupanya mereka nak naik taraf blogspot rupannya.

Perkara paling utama adalah, dekat mana nak baca blog post kawan-kawan yang lain? Mulanya aku tercari-cari juga, dekat mana bahagian tu. Rupanya, dia ada dalam bahagian reading list dekat bawah tu. Hahaha. Ingat kalau dah hilang tadi, dekat mana lah aku nak cari bahan bacaan hasil tulisan daripada rakan-rakan yang lain.

Yang sebenarnya, nampak macam sedikit susah dengan paparan baru blogspot ni, tapi kalau hari-hari godek, semua yang susah pun boleh jadi senang, betul tak? Macam biasalah, awal je nampak pelik, bila dah lama-lama nanti, kita akan rasa selesa. Kena terima dan belajar setiap perkara baru. Kan?

Orait! Aku nak sambung tengok-tengok apa lagi yang menarik dengan dashboard baru blogspot ni. Rasanya, ramai jugak rakan-rakan blogger yang tulis mengenai benda ni. hehehe. Oklah, jom kita sama-sama belajar. Kalau ada lagi perkara yang baru, bolehlah share dengan aku ya!
loading...

4 ulasan:

  1. Betullah, tu yg mcm rasa pelik je tadi...mcm user friendly sikit yg baru ni

    BalasPadam
  2. Memang best paparan antaramuka blogger yang baru ni. Nampak kemas sangat

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com