Mangsa kerat sepuluh sebenarnya warga emas?? - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Mangsa kerat sepuluh sebenarnya warga emas??

Mangsa kerat sepuluh sebenarnya warga emas??

Mangsa kerat sepuluh sebenarnya warga emas?? | Kalau korang ada baca post aku yang sebelum ni, mengenai kejadian bunuh dan kerat 10 di tangkak, ada aku nyatakan bahawa mangsa adalah dalam lingkungan umur 20an. Namun, berita hari ini pada aku sangat mengemparkan! Mangsa kes bunuh dan kerat 10 di tangkak sudah di kenalpasti! Mangsa sudahpun beristeri dan bekerja sebagai pemandu jengkaut! Aduh! Dah kenapa ni? Orang tua diperlakukan sedemikian rupa? Baca lanjut.

Tangkak: Mangsa pembunuhan kejam yang anggota badannya dikerat di sebuah rumah di Jalan Kesang Laut, di sini, Ahad lalu dikenali sebagai Omar Miskam berusia 49 tahun.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, mangsa berasal dari Panchor,Muar.

Menurutnya,mangsa yang sudah beristeri, bekerja sebagai seorang pemandu jengkaut di sekitar daerah ini dan mangsa dipercayai ditetak terlebih dahulu di kepala menggunakan parang sebelum mayatnya dikerat.

"Bedah siasat juga mendapati mangsa dikerat lebih sepuluh bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen dan beberapa anggota badan lain," katanya.

Mohad Idris berkata,berikutan itu juga dua lagi suspek termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 56 tahun ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Ahad lalu, mayat mangsa ditemui oleh salah seorang penghuni rumah terbabit yang menemui pergelangan kaki manusia berdekatan saluran pembetung di tempat meletak kereta kediaman terbabit.
Kepala mangsa pula ditemui beberapa meter dari lokasi penemuan bahagian anggota lain.

Kelmarin seorang suspek yang juga orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah ketidakupayaan pembelajaran ditahan tidak lama kemudian dan remaja berusia 19 tahun itu kini direman sehingga 13 November depan bagi membantu siasatan.

Si pelakunya masih muda remaja! Aduh! Dah kenapa ni? Muda-muda lagi dah terlibat dengan kes bunuh. Dah bunuh, kerat 10 pulak tu! Apa pun, aku masih menunggu apakah motif sebenar pembunuhan ni. Aku nak juga tahu, apa point sebenar, sehingga remaja ni sanggup bunuh dan kerat mangsa tu. Al-fatihah untuk mangsa dan takziah untuk keluarganya.
loading...

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com