Keterujaan dalam parcel of joy! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Keterujaan dalam parcel of joy!

barang di dalam find joy in every parcel

Keterujaan dalam parcel of joy! | Siapa yang tak suka dapat hadiah kan? Lebih-lebih lagi kalau dapat lebih daripada 1 hadiah. Namun bukan itu yang aku nak kongsikan, tetapi “keterujaan” aku ketika menerima kotak bertulis “FIND JOY IN EVERY PARCEL” ni. Sebelum aku ceritakan apa yang ada di dalam kotak ini yang membuatkan aku tak tidur malam menunggunya, aku nak kasitau yang Lazada Malaysia sedang menjalankan Online Revolution yang bermula pada 11.11.2016 dan akan berakhir 12.12.2016 ini.

Orait! Apa yang ada di dalam kotak FIND JOY IN EVERY PARCEL ni? Apakah benar ada kegembiraan di dalam nya? Ahha! Baca senarai ini!

  1. Wireless speaker Logitech
  2. Manual chopper Tefal
  3. Beg Lactokid serta Nestle CERELAC nutripuffs serta 2 batang pen
  4. Maggi Royale Thai Seafood White Tom Yam
  5. Beg ola bola
  6. Nestle just milk (Full Cream Milk)
  7. Nescafe White Coffee Perisa Pandan.
  8. Mamypoko baby wipes
  9. Mythic OIL
  10. Sandisk Dual Drive m3.0
  11. Voucher RM 11.

Ahha! Banyak kan? Jadi benarlah kan, memang ada keseronokan dalam setiap kotak! So! Teruja tak? Ok. Jom tengok barang-barang tu satu persatu ya!


barang di dalam find joy in every parcel

Secara terus terangnya, inilah barang yang aku paling teruja! Hahaha. Satu rumah aku pusing sebab benda ni. Speaker ni boleh Bluetooth dengan handphone. So, aku letak dalam bilik tengah, kemudian aku berjalan 1 rumah, sebab nak dengar sound daripada speaker ni. hahahha. Anak-anak pun pelik tengok ayah dia macam orang apa je. Dah nama pun teruja kan? hehehehehe.


barang di dalam find joy in every parcel

Biarlah orang nak kata apa. Yang penting, aku nak kasitau, aku suka makan bawang. hehehe. sedap. Lagi pulak kalau laksa, fuh! letak bawang dalam tu banyak-banyak, sedap! Orait. Lepas je dapat benda ni, aku terus cuba potong bawang. mudah! Yes! Tersangat mudah!


barang di dalam find joy in every parcel

Beg tu, anak aku yang sulung terus ambil dan masukkan segala barang yang dia nak. Nestle CERELAC nutripuffs tu pulak, anak kedua aku ambil. belum sempat ayah dia buat apa-apa. Rasanya mereka pun dah mula teruja dengan parcel of joy ni. hehehe.


barang di dalam find joy in every parcel

Orait. Ini Ayah dia yang punya! Aku tak pernah lagi makan Maggi Royale Thai Seafood White Tom Yam ni. Tapi sup original thai tu dah banyak kali dah sebab dah beberapa kali aku sampai sana. Rasa maggi ni? Fuh! Serius cakap, sedap! Rasa yang tak akan ada pada maggi lain. Kalau letak makanan laut dalam tu, fuh!!


barang di dalam find joy in every parcel

Siapa belum tengok filem Ola bola? Kalau belum, aku nasihat boleh tengok film tu. Sebab semangat malaysia dalam tu sangat hebat! Sama hebat dengan beg ni sebab besar! Boleh letak macam-macam! Boleh lah guna untuk balik kampung lepas ni. hehehe.


barang di dalam find joy in every parcel

Aku tak sempat nak rasa susu penuh krim ni. Anak kedua aku menangis! Terliur ayah sayang sebab tak dapat rasa! Hmm.



barang di dalam find joy in every parcel

Aku tak pernah nampak lagi sebenarnya Nescafe pandan ni kat kedai. Aku bawa ke tempat kerja, dan ramai kawan-kawan aku pun tak pernah nampak lagi Nescafe White Coffee Perisa Pandan ni. Jadi kami minum secara berjemaah. Rasa dia memang perghh, sedap! Dan baunya harum! 1 office bau nescafe. hehehe.


barang di dalam find joy in every parcel

Ini sangat berguna pada aku. Sebab bakal menerima cahayamata yang ketiga tak lama lagi. Jadi, apabila semuanya selamat, aku akan ceritakan semula mengenai Mamypoko baby wipes ni ya! hehe.


barang di dalam find joy in every parcel

Secara terus terangnya, aku tak tahu minyak ini untuk apa sebenarnya? Minyak wanggi ke? Apa kegunaan mythic oil loreal ni? Jadi terpaksalah cari info pasal mythic oil loreal ni. Owh, rupanya kegunaan dia adalah sebagai rawatan rambut. Eh? Macam mana Mereka tahu aku berambut panjang ni? 


barang di dalam find joy in every parcel

Ahha! Ini sangat berguna untuk aku. Kegunaan dia boleh cucuk dekat handphone dengan laptop. Nak pindah data daripada handphone pun jadi senang. hehehe.

Voucher RM 11.

barang di dalam find joy in every parcel

Dan akhir sekali adalah voucher! Hehe. Dahlah tengah ada sale yang hebat, diberinya lagi kita voucher ni. Apa tak cukup seronok ke? Kan? Kan? hehehe.

Baiklah. itulah 11 produk yang ada di dalam FIND JOY IN EVERY PARCEL ni. Bagi setiap info, boleh klik pada tajuk setiap produk tu ya! Dan Sekali lagi ye rakan-rakan semua, Lazada Malaysia sedang menjalankan Online Revolution yang bermula pada 11.11.2016 dan akan berakhir 12.12.2016 ini. Jom shopping di lazada sekarang!
loading...

4 ulasan:

  1. Wah memang teruja nampak tu.. dalam banyak barang ni mythic oil tu x de ... x apalah.. ..tahniah dapat parcel of joy

    BalasPadam
  2. Check satu2 untuk pastikan yang kamu dapat sama macam akak dapat..kalau tak sama nak siap la lazada..hahahah...paling best dapat wireless speaker tu..heheh..awal2 tak reti guna..lama2 best pulak..

    BalasPadam
  3. Ala tak dapat la speaker tuh..jeles nih..hehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com