Demonstrasi terhadap President Park Geun-hye menarik lebih daripada satu juta orang! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Demonstrasi terhadap President Park Geun-hye menarik lebih daripada satu juta orang!

demonstrations President Park Geun-hye

Demonstrasi terhadap President Park Geun-hye menarik lebih daripada satu juta orang! | Sesekali kita menulis mengenai berita dunia apa salahnya kan? Ada sesuatu yang menarik perhatian aku mengenai apa yang sedang berlaku di korea selatan. Ianya adalah mengenai skandal rasuah yang melibatkan President Park Geun-hye. Katanya demostrasi penunjuk perasaan semakin hari semakin bertambah kerana semuanya ingin menuntut perletakan jawatan president.

demonstrations President Park Geun-hye


Ini adalah kali kelima tunjuk perasaan dilakukan di jalan-jalan utama seoul. Angka mereka yang berkumpul dikatakan meningkat setiap minggu namun menurut pihak berkuasa, jumlah penunjuk perasaan adalah tidak lebih daripada 270,000 orang! Kalau ikut pada apa yang dikongsikan, anggaran mereka yang berkumpul adalah lebih kurang 1.5juta orang!

demonstrations President Park Geun-hye

Kenapa mereka menuntut perletakan jawatan President Park Geun-hye?

Mesti ada sebabkan kenapa mereka menuntut perletakan jawatan, bukan saja-saja nak berkumpul ya! Penunjuk perasaan menuntut peletakan jawatan Park Geun-hye, kerana terbabit dalam skandal rasuah. Dia juga dituduh menggunakan kuasa yang ada dengan melantik rakan lama beliau menjadi penasihat dan memanipulasi kuasa!

demonstrations President Park Geun-hye

Jawatan President Park Geun-hye akan tamat pada bulan Februari 2017. Walaupun dia telah memohon maaf beberapa kali, Park Geun-hye dilihat tidak akan melepaskan jawatan yang dipegangnya kini. Kalau mengikut tulisan akhbar luar negara ni, Park tidak akan dikenakan tindakan kerana Perlembagaan Korea Selatan memberikan imuniti kepada President semasa mereka memegang jawatan tersebut.

demonstrations President Park Geun-hye

Sekian sahaja berita dunia dari blog ceritaejoy. Sumber berita adalah daripada akhbar dunia. hehehe.
loading...

3 ulasan:

  1. Woww. banyak tu sampai 1.5 juta turun. lagi ramai dari bersih. hehe

    BalasPadam
  2. wow!lagi hebat..ramai nya..

    BalasPadam
  3. Bnyknya!! Boleh buatnkat Malaysia.. Huhuhu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com