Banyaknya lalat! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Banyaknya lalat!

petua halau lalat

Banyaknya lalat! | Aku tak pasti samada aku yang alami benda ni atau memang dah sampai musim dia. Banyaknya lalat dekat rumah aku! Memang rasa tak selesa langsung! Yelah, sebab dia terbang sana sini kan? Kalau takat terbang sahaja, tak sakit hati sangat, ini dia hinggap sana, dia hinggap sini, paling aku tension, dia hinggap ke tubuh aku! huh! Itu satu perkara yang boleh membangkitkan rasa marah!

Bukanlah kata tak pukul lalat tu pakai penyapu lidi. Tapi makin kita bunuh dia, makin banyak pulak dia bawak geng. Eh! Sekarang ni musim lalat membiak ke? Sungguh aku jadi pelik. Kenapa banyak sangat lalat sekarang ni? Ke sebab sekarang ni musim hujan? Satu waktu yang mana, memang musim lalat mengawan? Nak mengawan pun janganlah tunjuk depan aku kan? huh! Tak beradap langsung lalat ni!

Bila segala macam usaha membunuh lalat seperti tidak menunjukkan apa-apa hasil, kita terpaksa beralih kepada usaha traditional. Nampak! Cara ni jugak yang orang cari. Petua halau lalat! Yang sebenarnya, dah lama jugak guna petua ni, tapi disebabkan jarang buat, jadi lupa sekejap.

Kalau pakai penyapu nak bunuh lalat tu, macam penat! Yelah, sebab nak kejar dia kat mana dia terbang kan. Lepas tu, kalau banyak, bertambah-tambah penat la kita dibuatnya. Jadinya kita guna cara traditional untuk halau lalat durjana ni. ok. Caranya pun tersangatlah mudah!

Petua nak halau lalat secara tradisional ni adalah, guna limau nipis. Potong limau tu kepada 2 bahagian. Lepas tu cucuk bunga cengkih banyak-banyak dekat limau tu kemudian letaklah dekat mana-mana tempat yang banyak lalat tu. Ada orang guna limau purut dan ada juga yang guna lemon. Mana-mana pun boleh.

Yang sebenarnya, aroma bau limau ni memang sedap pada kita tapi tidak bagi lalat. Katanya juga, cara ini mampu menghalau nyamuk. Wah! Menarik kan? Kalau ada limau lebih, bolehlah buat limau ais kan? eh! Dah jauh pulak menyimpang ha! Oklah! Nak buat petua ni dulu, korang, kalau lalat banyak dekat rumah, boleh guna petua ni ya!
loading...

8 ulasan:

  1. cerita pasal lalat..ini kat office ni haa tengah berterbangan...datang dari mana tah...hahahaha..tapi bukan selalu membiak masa musim panas ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh. yeker? waktu panas je mereka membiak ek? ingatkan waktu hujan. tapi kenapa banyak je lalat sekarang ni ek. hmm

      Padam
  2. pakai serai wangi berkesan halau lalat. Lagi satu cuba petua orang berniaga, bakar lilin serai wangi. Memang lalat kurang �� ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha..itulah, ingat nak cari serai wangi afy hanif la. wangi pun wangi kan? hehehe

      Padam
  3. Pnah tgk petua ni.. Petua halau cicak ada x? Hahah

    BalasPadam
  4. Lalat..langau...kadang datang tak tentu masa..huhu..

    BalasPadam
  5. Husband akak buat benda ni utk halau nyamuk...:)

    BalasPadam
  6. mmg amalkn tips ni, alhamdulillah menjadi! senang nak siang ikan kat dapur daaa hehe.
    follower ke 393#
    masih newbie lagi kt sni.. mohon support =)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com