7 Lokasi “biru” tercantik di dunia. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

7 Lokasi “biru” tercantik di dunia.

Amazingly Blue Places Around The World

7 Lokasi “biru” tercantik di dunia | Warna biru merupakan warna kegemaran pilihan paling ramai di dunia. Namun tahukah anda, terdapat beberapa lokasi di dunia berasaskan warna biru? Seperti Blue Mosque di Turkey. Warna biru dalam ruang dalaman masjid tersebut sungguh mempesonakan. Kali ini aku ingin mengajak semua untuk melihat 7 Lokasi “biru” tercantik di dunia!

Amazingly Blue Places Around The World


Blue Lagoon, Iceland.

Lokasi pertama adalah Blue Lagoon di Iceland. Lokasi “spa” semulajadi ini kaya dengan silika, alga dan mineral. Kalau melihat dengan mata kasar, keseluruhan kawasan ini berwarna biru tapi hakikat sebenarnya adalah, airnya berwarna putih! Dan akibat daripada pantulan cahaya matahari, airnya berubah menjadi wana biru. Menarik bukan?

Salah satu sebab kenapa kawasan ini menjadi sangat bersih adalah kerana kawalan kakitangan di kawasan tersebut yang akan memastikan setiap arahan kebersihan di ikut pengunjung.

Amazingly Blue Places Around The World

Smurf Village, Spain.

Lokasi kedua adalah Smurf Village yang terletak di Spain. Ini adalah kampung “smurf” yang pertama dan paling rasmi di dunia. Kampung ini dahulunya berwarna putih namun penduduk telah menukar dinding rumah mereka kepada warna biru kerana menyokong kempen untuk mempromosikan filem The Smurfs.

Amazingly Blue Places Around The World

Great Blue Hole, Belize.

Lokasi ini adalah lokasi yang luar biasa kerana sebuah lubang biru terhasil di luar pantai Belize dan ia sedalam 400 kaki! Dan lokasi ini menjadi kegemaran ramai penyelam professional sehingga mendapat gelaran The Great Blue Hole.

Amazingly Blue Places Around The World

Reed Flute Caves, China.

Kita terbang pula ke negara china. Reed Flute Caves jika dilihat tak ubah seperti gambar photoshop. Lokasi ini sudah wujud 1200 tahun lalu dan kaya dengan koleksi gua batu kapur stalaktit dan stalagmite.

Amazingly Blue Places Around The World

Blue Mosque, Turkey

Tidak lengkap rasanya kunjungan anda ke turkey kalau tidak singgah ke Blue Mosque, Turkey. Ia mendapat namanya sempena 20,000 keping jubin berwarna biru yang menghiasi kubah masjid ini. Masjid ini akan kelihatan lebih cantik apabila disinari cahaya matahari pada waktu pagi dan senja.

Amazingly Blue Places Around The World

Ice caves at Vatnajökull Glacier, Iceland.

Kita kembali semula ke Iceland. Ke Ice caves di Vatnajökull Glacier. Jika dilihat lokasi ini tidak ubah seperti versi Tron di dalam neraka namun lokasi ini adalah lebih sejuk. Terbentuk daripada glasier, ia kelihatan sangat luar biasa sejak berabad-abad lamanya daripada ais yang berubah menjadi glasier.

Dan akhir sekali adalah lokasi yang sangat istimewa dalam 7 Lokasi “biru” tercantik di dunia. Jika dilihat secara mata kasarnya, kelihatan seperti ada hidupan berwarna biru di dalam air. Namun, sekali lagi, ia hanyalah pantulan cahaya matahari. Dan ia merupakan lokasi pilihan ramai pengunjung. Untuk mengetahui lokasi istimewa ini, korang boleh teruskan bacaan di <7 Amazingly Blue Places Around The World>.
loading...

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com